Ahad, 4 Mei 2008

Resolusi diserah kepada Sultan Johor


JOHOR BAHRU 4 Mei - Kongres Permuafakatan Melayu tengah hari ini menyerahkan resolusi yang dicapai pada persidangan itu kepada Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail di Istana Bukit Serene, di sini.

Resolusi yang merangkumi tiga aspek utama iaitu piagam, tuntutan dan ikrar itu diserahkan oleh Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena) Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Ismail Hussein yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk kongres berkenaan .

Beliau memasuki pekarangan istana kira-kira pukul 12.30 dengan diiringi Prof. Datuk Dr. Zainal Kling, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, Datuk Yahya Jalil dan Datuk Tengku Alaudin Tengku Majid.

Penyerahan resolusi itu dibuat selepas mendapat perkenan daripada Sultan Iskandar semalam.

- Utusan

Tiada ulasan: