Selasa, 20 Mei 2008

SIAPA KARPAL SINGH?

Karpal Singh adalah kafir harbi yang memang seorang yang mempunyai sikap perkauman yang tinggi serta amat anti kepada Islam. Tetapi, dia amat bijak dalam menyembunyikan identiti sebenarnya dengan menggunakan hujah-hujah yang nampak biasa kepada golongan kebanyakan orang yang mempunyai IQ sederhana.
Walau bagaimana, dia tidak dapat menipu golongan yang mempunyai IQ yang tinggi.
Isu pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas adalah salah satu isu sengaja yang dimainkan oleh DAP kafir harbi amnya dan Karpal Singh khusunya demi kepentingan politik mereka. Namun, ramai orang Melayu Islam tidak mengetahui hakikat sebenar kenapa Karpal Singh dan DAP ingin sangat memulihkan imej Tun Salleh Abas.
Banyak isu yang dikaitkan dengan pemecatannya adalah mengenai pembubaran parti UMNO. Hakikatnya, ini adalah salah satu isu yang bukan menjadi isu negara kerana ianya hanya melibatkan parti UMNO sahaja.
Apa yang tersirat sebenarnya ialah Tun Salleh Abas pernah membuat penghakiman bahawa Malaysia bukan Negara Islam dan adalah sebuah Negara Sekular berdasarkan undang-undang dan perlembagaan. Jadi adalah penting bagi imej Tun Salleh Abas dipulihkan bagi menaikan semula nilai penghakiman tersebut. Hanya dengan bantuan pemimpin Melayu Islam sendiri, Karpal Singh dan DAP kafir harbi akan memanipulasikan isu penghakiman Tun Salleh Abas ini dan akan dijadikan rujukan sepanjang zaman jika ada sesiapa sahaja cuba menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam yang sebenarnya.
Pada masa itu, PAS akan terperangkap dengan isu dan fakta ini serta terpaksa akur dengan ketetapan yang telah dipersetujui. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh (dan Mat Sabu, Naib Presiden PAS sekarang) adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvention mereka di Kuala Lumpur.
Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk. Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar. Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku 5 bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.
Pelik tapi benar, 2 orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar tetapi hari ini mereka amat menyanjungi Anwar. Tentu sukar untuk dipercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut.
Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama?
Tidakkah ini kelihatan seperti “ada undang, di sebalik batu’?
Lebih menghairankan lagi apabila Anwar sendiri rela diwakili oleh Karpal Singh yang pernah menuduhnya melakukan salahlaku seks.

Pada pandangan saya, Anwar bersetuju menerima Karpal sebagai sebahagian pasukan peguambelanya kerana tidak perlu malu dan segan untuk dia meluahkan segala rahsia seksnya kerana yakin Karpal sendiri sudah mempunyai maklumat yang sama apabila membuat dakwaan sebelum ini. Jadi Anwar tidak perlu berselindung dengan Karpal dan memudahkan Karpal Singh mengatur strategi untuk membela Anwar dalam perbicaraan nanti.
Pada masa itu, Karpal Singh mengambil peluang ini untuk menawarkan khidmatnya sebagai peguambela Anwar. Karpal sedar bahawa Anwar akan terpaksa mendedah segala maklumat penting bagi membolehkannya membela Anwar.
Jadi, boleh disimpulkan bahawa setiap sejarah hidup, perilaku dan tindakan yang pernah diambil oleh Anwar sudah berada di tangannya. Karpal juga mengambil kesempatan untuk menjadi popular apabila membuat tuduhan bahawa ada konsipirasi untuk membunuh Anwar menggunakan asernik dan sebagainya.
Hakikat sebenarnya tuduhan konspirasi ini tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam badan Anwar. Malah jika benar dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar disuntik oleh virus HIV, saya yakin Anwar sudahpun meninggal dunia hari ini kerana penyakit AIDS.
Karpal bijak mengatur strategi politiknya dengan baik dan hebat sehingga sampai ke hari ini dia tidak begitu menonjolkan sikapnya yang sebenar sebagai seorang anti Melayu dan anti Islam. Sememangnya percaturan politiknya sukar dibaca dan hebat kerana berjaya memperbodohkan ramai pemimpin Melayu Islam dari PAS dan PKR!!
Karpal Singh sedar bahawa dia tidak boleh memecahbelahkan orang Melayu tanpa menggunakan orang Melayu sendiri. Jadi, dia berjaya menggunakan isu Anwar dengan baik untuk memecahkan perpaduan orang Melayu seterusnya melemahkan Islam di Malaysia.
Karpal sememangnya tidak boleh menerima hakikat bahawa Malaysia diperintah oleh seorang pemimpin Melayu yang berwibawa dan berpandangan jauh seperti Tun Dr Mahathir.
Pada masa itu, dia juga tidak boleh menerima Anwar Ibrahim sebagai pengganti Perdana Menteri kerana dia adalah seorang Melayu Islam. Kenapakah sekarang DAP dan Karpal Singh setuju sebulat suara untuk melantik Anwar sebagai PM jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat.
Alasannya cukup mudah dan hebat!! Semasa menjadi peguambela Anwar, Karpal telah berjaya mengumpulkan banyak bukti hasil pengakuan Anwar sendiri dalam usaha untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan salahlaku seks. Saya yakin Karpal Singh dan DAP masih menyimpan bukti-bukti ini bagi mengawal tindakan Anwar apabila dia menjadi PM nanti. Kita tahu bahawa sememangnya terdapat peruntukan undang-undang yang mewajibkan peguam menyimpan rahsia anak guamnya.
Tetapi Karpal ini sebenarnya bukan seorang yang amanah dan jujur, dia lebih mementing kepentingan politik dan tidak kisah sekiranya hilang kelayakan professional sebagai seorang peguam. Lebih besar faedahnya, jika dia berjaya memastikan Anwar Ibrahim mengikut telunjuknya dengan bukti-bukti yang ada pada Karpal.
Anwar yang sememangnya gilakan popularity pasti tidak berani untuk melawan kerana bimbang rahsia yang memalukan akan terdedah kepada umum terutama penyokongnya yang setia. Jika ini berlaku, setiap tindakan dan keputusan Anwar tentunya akan memihak kepada kafir harbi. Pada masa itu nanti, orang Melayu hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa tindakan.

Sumber : http://www.suaralantangjejaka.blogspot.com/

Rabu, 7 Mei 2008

Ilmu kunci kedaulatan Melayu

PUTRAJAYA 5 Mei - Orang Melayu diingatkan bahawa kunci kedaulatan mereka di negara ini hanya boleh ditemui jika diri mereka dilengkapi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.

Veteran UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, beliau sebenarnya amat risau dengan gelagat yang ditunjukkan oleh sebahagian besar anak muda Melayu yang terang-terang mengabaikan pelajaran.

Tegasnya, tanpa ilmu pengetahuan usahkan kedaulatan mustahil diperoleh, malah lebih teruk lagi orang Melayu akan terumbang-ambing dan merempat di tanah air sendiri.

"Memang Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu milik orang Melayu dan pada masa sama kita tidak pula menidakkan hak kaum lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Namun jika tidak ada pelajaran dan kebolehan dalam persaingan dunia global sekarang, kita pasti akan hilang segala-galanya. (Penguasaan) ilmu pengetahuan itulah kunci kedaulatan Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Kongres Permuafakatan Melayu semalam yang sebulat suara bersetuju menubuhkan sekretariat tetap yang dikenali sebagai Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) bagi memantau, mempertahankan dan melaksanakan semua tuntutan berkaitan kedaulatan Melayu.

Menurut Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein, sekretariat itu akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat dengan penglibatan jawatankuasa terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Resolusi Kongres Permuafakatan Melayu yang mengandungi pelbagai tuntutan bagi mempertahankan kedudukan Melayu itu diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Iskandar.

Ia mengandungi tuntutan yang merangkumi aspek perlembagaan, politik, ekonomi, agama Islam, bahasa Melayu, pendidikan, sosial dan budaya, termasuk syor menubuhkan MMMM.

RAHASIA TAHI LALAT


Masyarakat pada zaman dahulu mengenalseseorang dgn melihat tanda pada badannya..Diturunka n di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.Hanyalah sekadar menambah pengetahuan.

Bahagian Badan

Firasat

bibir atas kanan

banyak rezeki, pandai

bibir atas kiri

ramai kawan, baik hati

bibir bawah kanan

disegani orang, ramai yg suka

bibir bawah kiri

pandai bicara, tak mudah kalah

leher kanan

cerdas, jujur, berani menderita

leher kiri

cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

leher di tengah

tercapai cita-cita

biji mata kanan

suka serong dan pembohong

biji mata kiri

pembohong tetapi baik hati

hujung mata kanan

baik hati, sopan santun, cerdas

hujung mata kiri

baik budi, murah rezeki

punggung kanan

agak mengalami kesulitan

punggung kiri

malas dan suka duduk

betis kanan

suka berhibur, boros

betis kiri

rajin,tidak suka menganggur

lutut kanan

bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

lutt kiri

kurang kuat berusaha

kepala sebelah kanan

terkabul cita-cita

kepala sebelah kiri

sering menemui kesusahan

kepala sebelah belakang

jujur, sabar dan tekun

kening kanan

cerdas dan cekap

kening kiri

cerdas, sopan santun

tengah kening

keras hati, berani segala hal

hujung mulut kanan

kecil rezeki, tak mudah kalah

hujung mulut kiri

suka berpoya-poya

ketiak kanan

dapat menyimpan rahsia

ketiak kiri

jujur, banyak yang cinta

pergelangan kaki kanan

suka berpergian (keluar rumah)

pergelangan kaki kiri

kehendak kuat

batang hidung

banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

pada hidung

banyak rezeki

dagu bawah kanan

jujur dan baik hati

dagu bawah kiri

bijak sana dan berbudi luhur

kemaluan kanan atau kiri

baik, suka senggama

di kepala kemaluan (lelaki)

bakal beristeri 2

tumit kanan

jujur dan banyak kawan

tumit kiri

baik budi

alis kanan

suka menolong, baik hati

alis kiri

ramai yang suka

pangkal peha kanan

kemahuan kuat

pangkal peha kiri

suka kerja apa pun

telapak kaki kanan

tak mudah mengeluh

jari kaki kanan

suka menolong

jari kaki kiri

berbudi, suka berbuat baik

bahu kanan

cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

bahu kiri

suka kerja keras, banyak tanggungjawab

buah dada kanan

baik hati, pendiam,simpan rahsia

buah dada kiri

ramai kawan, setia pada pasangan

lengan kanan

setia dan taat pada atasan

lengan kiri

menepati janji dan rajin

pipi kanan

ramai teman

tengah-tengah pipi kanan

ramai yg suka

tengah-tengah pipi kiri

ramai teman

ubun-ubun

kurang jujur

pusat

cerdas, tangkas, tekun

pusat bahagian kanan

sejahtera dalam hidup

pusat bahagian kiri

beroleh kemliaan

pinggang kanan

sayang pada pasangan hidup

pinggang kiri

disayang pasangan hidup

dada kanan

dapat mengatasi masalah

dada kiri

berani, jujur dan sabar

telapak kaki kanan

tidak mudah mengeluh

telapak kaki kiri

baik budi pekertinya

siku tangan kanan

kuat ingin memiliki kekayaan

siku tangan kiri

baik hati, suka menolong

jari tangan kanan

serba beroleh keuntungan

jari tangan kiri

serba baik bekerja

jari telapak tangan kanan

banyak rezeki tapi boros

jari telapak tangan kiri

banyak rezeki dan cermat

perut bawah kanan

banyak rezeki, suka memberi maaf

perut bawah kiri

baik hati, tenang hidupnya

sudut mata kanan dalam

disayang suami atau isteri

sudut mata kiri dalam

tidak mudah dilupakan pasangan

sudut mata kanan luar

baik budi, ramai yg cinta

pelipis kiri

murah rezeki, dpt jadi kaya

pelipis kanan

serba berhasil dalam usaha

kelopak mata kanan atas

baik hati, ramah, berjaya

kelopak mata kiri atas

baik budi, ramai yg suka

kelopak mata kanan bawah

agak malas

kelopak mata kiri bawah

agak bodoh, kurang bijaksana

Ahad, 4 Mei 2008

Resolusi diserah kepada Sultan Johor


JOHOR BAHRU 4 Mei - Kongres Permuafakatan Melayu tengah hari ini menyerahkan resolusi yang dicapai pada persidangan itu kepada Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail di Istana Bukit Serene, di sini.

Resolusi yang merangkumi tiga aspek utama iaitu piagam, tuntutan dan ikrar itu diserahkan oleh Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena) Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Ismail Hussein yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk kongres berkenaan .

Beliau memasuki pekarangan istana kira-kira pukul 12.30 dengan diiringi Prof. Datuk Dr. Zainal Kling, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, Datuk Yahya Jalil dan Datuk Tengku Alaudin Tengku Majid.

Penyerahan resolusi itu dibuat selepas mendapat perkenan daripada Sultan Iskandar semalam.

- Utusan

Generasi muda usah terperangkap gagasan DAP

GENERASI muda Melayu perlu diingatkan tidak terperangkap dengan gagasan 'Malaysian Malaysia' kerana kewujudan dan kemerdekaan negara ini hasil perjuangan bangsa Melayu sendiri.

Ahli Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ), Datuk Dr Abdul Malik Munip, berkata orang Melayu tidak patut berpegang kepada prinsip gagasan dibawa DAP itu, tetapi sebaliknya perlu merenung kembali perjuangan bangsa yang diterajui Umno.

"Generasi baru Melayu perlu sedar jika mereka terpengaruh dengan gagasan itu, ia boleh membawa bangsa Melayu hilang paksi kuasa yang dijamin dalam Perlembagaan negara.

"Kita semua adalah hamba kepada idea, malangnya generasi muda Melayu terperangkap dalam idea yang bercanggah. Falsafah bangsa Melayu sudah lama diberikan, namun kita terlupa atau tidak mengetahuinya langsung," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Kedaulatan Perlembagaan Malaysia', semalam.

Abdul Malik berkata, Umno sebenarnya memiliki keistimewaan tersendiri kerana parti berkenaan masih relevan dalam dunia yang kini serba berubah.

Dalam pada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Yusri Muhammad, berkata perjuangan bangsa Melayu perlu diserasikan dengan Islam yang juga agama rasmi negara.

"Kita menuntut hak kita, kebenaran yang berhak. Orang bukan Melayu tidak patut takut kerana orang Melayu berpegang kepada agama Islam dan kami tidak akan melanggar batas," katanya ketika membentangkan kertas kerja tajuk yang sama.

Justeru, beliau berharap penyatuan bangsa Melayu dapat dilakukan menerusi agama Islam kerana agama berkenaan sememangnya menuntut keadilan untuk semua pihak.

Sementara itu, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TPM), Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata permuafakatan Melayu perlu bermula dengan mengembalikan semula hak yang hilang dan terhakis akibat kerenah sendiri.

Sambil memberi contoh, orang Melayu sendiri melepaskan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, Mohd Azmi berkata, begitu juga halnya dengan soal tanah milik Melayu yang banyak terjual dan tergadai, manakala budaya bangsa Melayu juga dicabuli dengan sewenang-wenangnya.

Melayu perlu bangkit


Profesor Datuk Dr. Zainal Kling, Penyandang Kursi Tun Ghafar Baba.

MUKADDIMAH

Hari ini berakhirlah Kongres Permuafakatan Melayu yang diadakan sejak Jumaat lalu. Kongres hasil inisiatif Gabungan Penulis-Penulis Nasional (Gapena) dan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) ini disertai oleh 180 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu diharapkan mampu mencetuskan kesedaran kepada orang Melayu mengenai hak-hak mereka dan kedudukan bangsa itu selepas pilihan raya umum lalu.

Apa pun dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN dan ZULKIFLEE BAKAR, Penyandang Kursi Tun Ghafar Baba di Universiti Perguruan Sultan Idris, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling menjelaskan mengenai bahaya yang sedang menanti orang Melayu jika mereka menganggap perkembangan politik terkini tidak ada apa-apa kesan kepada mereka. Dengan berlatarbelakangkan lukisan suasana Langkasuka, Kedah pada abad pertama tahun masihi, Dr. Zainal melontar satu demi satu pandangan mengenai kesan politik kepada orang Melayu dan berkali-kali menegaskan bahawa orang Melayu tidak harus mengamalkan politik ‘dikir barat’ dan ‘boria.’

Sementara itu Ketua Umum BBPM, Osman Abu Bakar pula mengakui banyak resolusi yang dicapai dalam perhimpunan menggerakkan agenda Melayu sebelum ini tidak ke mana sehingga menimbulkan rasa tidak percaya orang Melayu terhadap usaha mengangkat agenda bangsa dan ia diluahkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 baru-baru ini.

Dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, NORAINI ABD. RAZAK di Johor Bahru semalam beliau tidak menafikan kegagalan parti-parti politik Melayu memperjuangkan agenda Melayu. Kerana itu beliau menegaskan bahawa setiap resolusi bukan sahaja akan diserahkan kepada pihak-pihak yang terlibat malah pemantauan akan dilakukan supaya jika ada pengabaian maka akan ada teguran.

Mingguan: Apa matlamat sebenar Kongres Permuafakatan Melayu ini diadakan?

DR. ZAINAL: Ia sebagai reaksi kita kepada perkembangan politik negara yang memunculkan satu suasana yang mencabar kedudukan bangsa Melayu dalam negara sendiri. Selain itu kita melihat kongres tersebut perlu diadakan bagi melibatkan secara langsung bangsa Melayu melalui badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dalam penentuan keputusan-keputusan oleh kerajaan.

Kita selama ini bergantung kepada kerajaan untuk memenuhi keperluan dan hasrat kita, jadi kita tidak menyuarakan secara langsung melalui NGO. Bagaimanapun ternyata akhir-akhir ini parti-parti politik Melayu tidak begitu memperjuangkan hak orang Melayu, misalnya hak bahasa, kebudayaan dan ekonomi.

Oleh itu masanya sudah sampai kita melibatkan semua bangsa Melayu termasuk NGO Melayu untuk memahami persoalan-persoalan ini dan sekali gus terlibat sebagai pendesak.

Ini bagi membolehkan mereka melindungi hak Melayu yang sahih dalam undang-undang, orang bercakap mengenai hak yang sah bagi bukan Melayu. Barangkali kita sebagai NGO harus memahami bahawa kita bukan sahaja mempunyai hak yang sah tetapi juga hak asasi Melayu yang dilindungi oleh undang-undang. Semua ini kita pandang dengan cara yang amat kritis supaya bangsa Melayu itu bangkit mempertahankannya melalui NGO. Ini kita namakan kuasa yang ketiga. Ia gerakan masyarakat bertujuan bukan sahaja untuk memastikan hak dia terlindung tetapi juga keinginannya tercapai. Walaupun parti politik mengatakan mereka mempunyai mandat melalui pilihan raya, tetapi tidak semua tafsiran mereka betul.

Bagaimana NGO Melayu hendak melakukannya, kerana orang berpendapat tanpa sokongan politik, usaha untuk memperjuangkan hak Melayu tidak akan ke mana?

DR. ZAINAL: Inilah sebabnya NGO itu mesti berpolitik. Kita mesti menggunakan permainan kuasa sebagai pelobi atau pendesak, walaupun ia bukan kuasa eksekutif. Contohnya seperti orang Cina mereka tidak menjadi kuasa eksekutif tetapi mereka menjadi pendesak.

Justeru kita harus memainkan kuasa itu bagi memastikan hak Melayu terlindung. Sudah sampai masanya orang Melayu sendiri secara bermasyarakat bermain dan terlibat dalam kuasa itu.

Apakah orang Melayu ini sudah terlalu teruk sehingga terpaksa mengadakan kongres bagi mempertahankan hak mereka?

DR. ZAINAL: Tidak begitu, tetapi ada potensi keadaan Melayu akan tergugat oleh kerana desakan yang amat kuat oleh orang-orang yang ingin persamaan hak atau lebih daripada itu.

Misalnya, bagaimanakah orang Melayu mengendalikan masalah orang membina ladang babi seluas 400 ekar di tengah kampung Melayu, bagaimana kita hendak buat jika kerajaan tidak peduli? Jadi terpaksa bermain kuasa pendesak itu untuk membangkitkannya supaya ia tidak berlaku di kampung kita. Selain itu kita harus menggabungkan seluruh tenaga dan kuasa kita bagi menghalangnya. Jadi kalau kerajaan membenarkannya kita terpaksa mengancam kerajaan.

Kita tidak kata Melayu berada dalam keadaan yang terlalu buruk tetapi ada potensi kerana keadaan politik sudah terbalik. Ini jelas apabila di sesetengah negeri dahulu orang Melayu yang berkuasa seluruhnya manakala komuniti Cina dan India sebagai pelengkap dalam perkongsian kuasa. Tetapi sekarang orang Cina yang lebih berkuasa manakala orang Melayu hanya menjadi pelengkap. Walaupun mereka menjadi Menteri Besar (MB), mereka tidak mempunyai suara eksekutif yang kuat dalam barisan exco.

Jika ini dibiarkan, ia boleh berlaku di seluruh negara dan lebih buruk lagi bila ada pemimpin-pemimpin Melayu yang melayari gelombang ini demi kepentingan diri.

Bagaimana dengan kesedaran orang Melayu mengenai hak-hak mereka yang perlu dipertahankan?

DR. ZAINAL: Kesedaran itu ada tetapi kebanyakan mereka tidak pasti apa bendanya. Di mana terletaknya dalam perundangan dan mengenai perkara apa. Orang tidak faham sebab kita tidak membaca peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan. Justeru, kalau boleh dengan kehadiran 180 NGO Melayu dalam kongres ini, mereka akan memahami satu persatu peruntukan tersebut.

Ada sesetengah pemimpin politik beranggapan peduli apa dengan ketuanan Melayu kerana sekarang ini Perdana Menteri adalah Melayu begitu juga Menteri Besar majoritinya adalah Melayu?

DR. ZAINAL: Inilah masalahnya, kita bertindak dalam budaya politik yang kita anggap sebagai dikir barat dan boria. Budaya kita ialah menyerahkan kepada satu manusia untuk memimpin, kalau dia lemah maka seluruhnya runtuh. Sebab itulah orang Melayu sebut “Si luncai terjun dengan labu-labunya, biar pi.”

Kita tidak boleh membiarkan seorang pemimpin tertinggi Melayu itu seorang diri membuat keputusan. Dia seharusnya hanya menjadi pemimpin hadapan sedangkan di belakangnya mempunyai pelbagai idea dan sokongan yang kuat dan dia mesti memahami sepenuhnya apa yang hendak dicapai. Kalau kita membenarkan dan terlalu yakin dengannya kita akan hanyut. Ini sudah banyak kali berlaku.

Adakah Datuk yakin orang Melayu mempunyai potensi untuk bersatu, biarpun dipisahkan oleh perbezaan politik?

DR. ZAINAL: Potensi itu tetap ada selagi orang Melayu itu Islam dan memahami kedudukan Melayu dan Islamnya serta memahami bagaimana perpecahan itu boleh menjatuhkan mereka. Kita boleh bergabung dan membangun semula.

Betulkah ini akan menjadi sandaran sedangkan dalam pilihan raya umum lalu menunjukkan ada parti politik Melayu yang bersedia bekerjasama dengan parti yang dilihat tidak gemar dengan perjuangan hak Melayu ini?

DR. ZAINAL: Inilah masalah terbesar orang Melayu, kita selalu melihat apabila ada sahaja orang Melayu kita akan merasa terselamat.

Oleh kerana itu, orang boleh bercakap masih ada Melayu apa peduli dan sebagainya tetapi kita terpaksa peduli kerana pengalaman-pengalaman di tempat lain yang asalnya negeri Melayu akhirnya Melayu diketepikan, contohnya Pulau Pinang.

Jadi anak-anak muda kita yang ghairah untuk mengubah keadaan mesti faham apa yang mereka hendak ubah.

Kita harus faham orang memang hendak mengubah keadaan selama-lamanya, DAP contohnya selama-lamanya ingin mewujudkan Malaysian Malaysia menurut tarif dia bukan ikut tarif perlembagaan. Mereka mencari kesaksamaan. Tetapi perlembagaan memberi hak keistimewaan kepada bumiputera dan Melayu sambil mengimbangi hak itu dengan orang lain.

Islam agama persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni serta damai.

Kenapa mesti sebut aman dan damai? Ini kerana orang dahulu yang menggubal perlembagaan melihat ada potensi untuk pergolakan agama.

Bagaimana dengan pandangan bahawa perpaduan Melayu bergantung kepada penyatuan antara UMNO dan Pas? Adakah potensi kedua-dua parti Melayu ini bersatu?

DR. ZAINAL: Itu ada kemungkinan. Itu harus berlaku sebab ideologinya sama. Tetapi kerana permainan politik individu dan pemimpin maka orang Melayu dalam kedua-dua parti ini seolah-olah berkerat rotan dan berpatah arang. Kalau parti Islam itu sendiri hendak mengamalkan prinsip Islam sebenar-benarnya, bukan sekadar bermain politik semata-mata, mereka harus bekerja ke arah penyatuan itu.

Sekarang ini kaum lain selalu menggunakan istilah perkauman apabila kita bercakap tentang Melayu. Bagaimana kita hendak mengatasi masalah ini?

DR. ZAINAL: Apabila kita bercakap tentang Melayu, kita dituduh perkauman. Tetapi itulah hak kita, hak asasi Melayu di negeri Melayu mesti mempertahankan Melayu.

Negara ini terbentuk di atas landasan kebumiputeraan dan kedaulatan kerajaan Melayu sebagai kerangka hidup. Jadi kalau kita mempertahankannya, itu adalah hak nasional Melayu dan seluruh rakyat Malaysia. Kalau itu runtuh maka segalanya runtuh. Tetapi apabila kita tidak menjawab segala tuduhan-tuduhan itu seolah-olah memang benar kita yang menindas orang.

Orang lain yang menjadi warga kelas pertama di Malaysia tetapi Melayu yang jadi warga kelas tiga. Walaupun ada kuasa politik kononnya dalam perlembagaan, tetapi orang Melayu tidak pernah menjawab tuduhan perkauman itu. Orang Melayu tidak berani hendak menuduh balik. Jadi orang Melayu dituduh sebagai perkauman. Tetapi sebenarnya yang paling perkauman adalah orang luar yang hendak mempertahankan kedudukan mereka.

Tetapi Prof. orang Melayu banyak sangat bertolak ansur?

DR. ZAINAL: Orang Melayu paling bertamadun di dunia, paling berbudi bahasa. Kita menerima orang dan kita bagi betis kita tetapi dia hendak paha, itulah masalahnya. Orang tidak menghargai kebaikan budi bahasa orang Melayu. Sebabnya mereka adalah orang luar yang terpaksa mendesak hendak hak yang sama, maka mereka lupa tentang baik budi orang Melayu. Mereka tidak merasa kebudian orang Melayu. Kerana itu apabila orang tidak menghargai budi orang Melayu, maka orang Melayu kena bertindak balik.

Dalam pilihan raya baru-baru ini, jelas isu perkauman dimainkan oleh sesetengah pihak apabila menyatakan undi MCA atau MIC itu bermakna mengundi UMNO.

Kenyataan ini jelas menunjukkan, kelompok berkenaan anti-Melayu. Tetapi malangnya kita tidak pernah menyanggah atau membalasnya. Seharusnya kempen seperti itu kita kenakan Akta Hasutan sebab menghasut membenci kaum.

Satu masalah dalam pilihan raya baru-baru ini ialah generasi muda Melayu tidak peduli tentang ketuanan Melayu. Bagaimana NGO Melayu boleh bertindak?

DR. ZAINAL: Anak-anak muda Melayu ini digembleng oleh kepentingan parti-parti politik terhadap ketidakpuasan hati anak-anak Melayu dan juga orang lain. Orang Cina tidak berpuas hati walaupun paling kaya di Malaysia, orang India juga tidak berpuas hati. Ada tuduhan negara ini banyak rasuah, orang Melayu yang mengada-ada, di tengah-tengah kawasan orang miskin bina istana.

Memanglah perkara ini betul dan reaksi anak-anak Melayu juga betul. Sebab mereka telah dididik dalam keadaan dan suasana yang demokratik, boleh bersuara dan mencari persamaan setiap individu. Kita hendak mengingatkan pemimpin-pemimpin Melayu bahawa mereka tidak boleh menganggap perjuangan mereka selama ini dalam politik mesti dibalas seperti mendapat tanah dan sebagainya.

Sebenarnya keadaan sudah berubah apabila saban tahun 50,000 siswazah dilahirkan oleh institusi pengajian tinggi. Mereka sudah faham segala proses ini.

Maka apabila kita masih lagi memikirkan orang terhutang budi kepada kita padahal itu adalah tugas kita, orang akan membalas balik dalam pilihan raya kerana anak-anak muda sudah terdidik. Bagaimanapun menjadi tugas kita untuk mengingatkan bahawa dalam keadaan tertentu kita tidak boleh terlampau untuk memutar balik keadaan politik hari ini.

Tujuan kita ialah untuk mengingatkan bahawa dasar yang dilakukan oleh pemerintah Melayu demi keuntungan kita.

Adakah pilihan raya yang lalu menjadi satu momentum untuk membangkitkan kesedaran kalangan orang Melayu?

DR. ZAINAL: Iktibar yang paling besar ialah Melayu boleh dipecahkan dan boleh menjadi pembangkang, bukan kerajaan. Kerajaan Melayu boleh diruntuhkan. Orang Melayu boleh dipecahkan dalam beberapa kelompok dan ini yang sedang berlaku walaupun kita mendapat majoriti. Walaupun UMNO masih menang tetapi sokongan kepada kerajaan yang berlandaskan UMNO berkurangan. Apabila dipecah-pecah, Melayu tidak memerintah dan hilang kuasa. Kita mesti menghindarkan keadaan ini.

Apa bahaya yang sedang menanti orang Melayu kalau beginilah sikap orang Melayu?

DR.ZAINAL: Bahayanya ialah kita akan kehilangan perlindungan yang terdapat dalam perundangan. Apabila Melayu boleh dipecahkan, tidak lagi memerintah dan perpecahan Melayu itu digunakan oleh parti lain untuk mendapat majoriti dua pertiga, itu membolehkan orang meminda dan merubah perlembagaan dan undang-undang. Orang akan menggunakan perundangan-perundangan itu untuk memerintah dengan cara atau dasar apa sahaja. Yang membangunkan kita selama ini ialah dasar negara dan dasar awam. Dasar ekonomi dengan DEB, dasar pendidikan dan dasar kebudayaan. Semua ini sempat membangunkan bahasa Melayu dan kebudayaan Melayu menjadi kebudayaan nasional.

Formula satukan Melayu

ENTAH untuk ke berapa kalinya kita mendengar seruan agar dua parti yang mempunyai ahli Melayu terbesar iaitu UMNO dan Pas bersatu. Terbaru, seruan itu dibuat oleh peserta-peserta Kongres Permuafakatan Melayu di Johor Bahru.

Jika kenyataan mereka diteliti, mereka bukanlah mendesak supaya UMNO dan Pas membuang ideologi politik masing-masing sebaliknya mencari formula untuk bersatu bagi menjayakan program-program 'menyelamatkan' orang Melayu dalam isu-isu tertentu.

Ketika ini 'formula' berkenaan seolah- olah sukar untuk ditemui atau mungkin ia sengaja tidak dicari dalam soal meletakkan titik persamaan bagi menyatukan orang Melayu dalam kedua-dua parti berkenaan. Perbezaan politik tidak harus dijadikan sempadan konkrit yang seolah-olah tidak boleh diruntuhkan bagi memberi laluan kepada penyatuan Melayu.

Hakikatnya, tidak salah untuk pemimpin UMNO datang berbincang dengan pemimpin Pas dengan keris bersilang atau pemimpin Pas datang menghulurkan silaturrahim dengan berjubah dan berserban, apa yang lebih penting daripada itu ialah titik persamaan dalam usaha memperjuangkan isu-isu tertentu melibatkan orang Melayu.

Sama ada hendak diakui atau tidak, penyatuan dan usaha memperjuangkan hak dan isu orang Melayu hanya mampu dijayakan dengan kerjasama antara UMNO dan Pas. Jika kedua-dua parti ini mencapai kata sepakat sudah pastilah laluan ke arah itu tidak akan menjadi masalah.

Tetapi masalah yang berlaku sekarang ialah perbezaan ideologi politik sering sahaja menjadi penghalang kepada kedua-dua parti berkenaan. Kita sering mendengar bagaimana ada pemimpin Pas tidak mahu bekerjasama dengan UMNO dengan alasan UMNO memperjuangkan sekular dan ada pula pemimpin UMNO yang menganggap Pas mengamalkan assabiyah.

Kesudahan tiada kata sepakat yang dicapai. Harapan untuk melihat UMNO dan Pas duduk semeja bagi membincangkan hak dan isu orang Melayu terus menjadi impian yang tidak kesampaian biarpun sudah acap kali seruan dibuat agar mereka bersatu.

Apa yang perlu difahami, selagi UMNO dan Pas tidak mencapai kata sepakat dan dilihat tidak mampu duduk semeja untuk berbincang selagi itulah orang Melayu tidak akan dilihat sebagai kelompok yang harus digeruni lagi. Orang Melayu akan dilihat tidak mempunyai sebarang perlindungan kerana mereka sendiri berpecah antara satu sama lain.

Selain dalam Pas dan UMNO, orang Melayu juga terjerumus dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan beberapa kelompok lain sehingga menjadikan suara orang Melayu semakin lemah dalam memperjuangkan isu dan hak melibatkan kepentingan kaum itu.

Oleh itu, masanya sudah tiba untuk pemimpin-pemimpin parti politik Melayu memikirkan dengan serius bahaya yang sedang menanti jika mereka terus berpecah belah dan terlalu degil untuk duduk semeja bagi membincangkan kepentingan Melayu.

Tidak usahlah mengeluarkan hujah dangkal dengan membuat seruan supaya penyatuan hanya boleh dilakukan melalui perpaduan Islam, bukankah di Malaysia ini, orang Melayu itu Islam dan Islam itu berkaitan rapat dengan orang Melayu? Soal perpaduan Islam akan terwujud dengan sendiri apabila orang Melayu bersatu kerana tidak ada mana-mana orang Melayu sama ada dalam Pas, UMNO atau PKR akan menolak Islam.

Tetapi perpaduan Islam tidak akan tercapai selagi orang Melayu berpecah akibat ideologi politik berbeza dan ia diburukkan lagi dengan tafsiran Islam mengikut pandangan masing-masing. Jika orang Melayu terus berpecah, Islam juga tidak akan terjamin di bumi Malaysia ini.

RapuhJusteru itu seruan penyatuan UMNO dan Pas ini bukanlah bermakna mereka harus menanggalkan pegangan politik masing-masing, UMNO boleh terus dengan politiknya begitu juga Pas tetapi apabila ada isu yang menyentuh mengenai orang Melayu mereka harus bersedia duduk semeja mempertahankannya.

Perkembangan politik tanah air sejak kebelakangan ini harus memberikan kesedaran kepada orang Melayu sama ada UMNO atau Pas bahawa hak orang Melayu semakin rapuh. Mereka tidak mempunyai banyak kekuatan untuk mempertahankannya.

Di beberapa negeri biarpun Menteri Besarnya adalah Melayu, ia belum tentu dapat memberi jaminan bahawa hak Melayu akan dipertahankan, ini kerana seperti mana kata Profesor Datuk Dr Zainal Kling, kuasa eksekutif Menteri Besar itu tidak kuat.

Justeru sementara sesetengah parti politik boleh berbangga berikutan pencapaian dalam pilihan raya umum lalu, mereka juga harus berfikir di luar lingkungan kepentingan politik masing-masing iaitu mengenai masa depan orang Melayu.

Jika orang Melayu terus berpecah-belah dan terlalu sukar untuk bersatu semata-mata kerana ideologi politik, ia sudah pasti akan membuka laluan yang lebih luas kepada pihak-pihak tertentu bagi melemahkan kekuatan orang Melayu. Mungkin kesannya tidak dapat dilihat sekarang tetapi bagaimana 10 tahun atau 20 tahun akan datang?

Oleh itu, 'formula ampuh' itu harus dicari, bukan sahaja oleh UMNO dan Pas tetapi juga semua orang Melayu yang cintakan bangsa dan agamanya. Jika mereka menganggap kenapa perlu kelam kabut sedangkan kerajaan masih dikuasai oleh BN yang ditunjangi oleh UMNO manakala di beberapa negeri biarpun pembangkang tetapi Menteri Besar ialah orang Melayu, maka kita hakikatnya sedang membiakkan virus bagi memusnahkan masa depan orang Melayu.

Bagi mereka yang tidak berpolitik, mereka hakikatnya tidak peduli sangat sama ada UMNO dan Pas akan terus bercakaran dalam merebut kerusi dalam pilihan raya tetapi mereka tetap berdoa agar dua parti Melayu ini akan bersatu apabila hak dan kepentingan Melayu terancam.

Dalam situasi politik sekarang, orang Melayu tidak mengira sama ada mereka Pas, UMNO, PKR atau atas pagar perlu memahami bahawa kaum-kaum lain sedang memperkukuhkan kedudukan mereka. Atas sebab itulah kita melihat pelbagai tuntutan dibuat, ada ketikanya ia mencabar kedudukan orang Melayu itu sendiri.

Bagaimanapun disebabkan orang Melayu berpecah maka ia melemahkan mereka untuk bercakap senada bagi menyanggah tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh pihak lain. Mungkin ada di kalangan orang Melayu dalam UMNO dan Pas ingin bersuara tetapi disebabkan ingin menjaga hati 'rakan kongsi' maka ia didiamkan.

Kesudahannya, kita menyaksikan semakin banyak insan yang 'naik tocangnya' sehingga sudah ada pemimpin yang berani mempertikaikan ucapan pihak istana sekali pun - satu institusi yang harus dipertahankan oleh orang Melayu sampai kiamat.

Semua situasi ini seharusnya menyedarkan orang Melayu bahawa mereka tidak perlu mendabik dada kerana berjaya menumbang musuh politik mereka yang juga orang Melayu. Ini kerana semakin kurang suara majoriti Melayu dalam politik, semakin lemahlah kekuatan orang Melayu untuk mempertahankan hak mereka.

Oleh itu tidak usahlah terlalu mendewa-dewakan seseorang pemimpin yang kononnya dilihat paling sesuai untuk menyatukan orang Melayu. Ini bukan soal kewibawaan individu tetapi lebih penting daripada itu ialah permuafakatan di kalangan semua ahli politik Melayu bagi mempertahankan hak mereka.

Sebenarnya, formula yang dicari sudah ada di hadapan mata iaitu, pemimpin dan ahli-ahli UMNO serta Pas yang mengaku diri mereka Melayu beragama Islam perlu mengenepikan perbezaan politik antara mereka. Tidak apa hendak mempertahankan ideologi politik masing-masing tetapi jangan biarkan perbezaan itu dijadikan senjata bagi memusnahkan usaha penyatuan orang Melayu.

Masa masih belum terlewat untuk pemimpin-pemimpin UMNO dan Pas memikirkan soal penyatuan ini. Jika orang lain sanggup meninggalkan ideologi politik demi membantu pemimpin yang sebangsa dengannya, kenapa ini tidak boleh berlaku di kalangan pemimpin dan ahli kedua-dua parti berkenaan?

Justeru orang Melayu dalam UMNO atau Pas tidak harus terlalu memikirkan kepentingan politik mereka. Tiada gunanya kita berbahas berapi-api di Perhimpunan Agung UMNO atau Muktamar Tahunan Pas berhubung hak orang Melayu tetapi apabila diminta duduk semeja kita memberi seribu satu alasan.

SikapSemua ini hanya menunjukkan sikap orang Melayu yang hanya pandai bercakap dan beretorik tetapi apabila tiba masa untuk berada dalam satu barisan, ia seolah-olah terlalu yang mustahil.

Kini sudah sampai masanya, UMNO dan Pas serta PKR melihat seruan yang dibuat dalam Kongres Permuafakatan Melayu di Johor Bahru itu sebagai sesuatu yang positif. Golongan muda dalam kedua-dua parti berkenaan boleh menjadi pencetus bagi menggerakkan usaha berkenaan.

Dalam soal ini kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Norza Zakaria bahawa akan diadakan pertemuan susulan melibatkan tiga pemimpin UMNO, Pas dan PKR bagi memperincikan terma rujukan gagasan permuafakatan Melayu yang akan diwujudkan adalah tepat pada masanya.

Apa yang diharapkan langkah awal ini akan disambut oleh pemimpin-pemimpin senior dalam ketiga-tiga parti berkenaan.

Mereka harus secara jujur dan ikhlas melihat permuafakatan ini demi kebaikan orang Melayu bukan bertujuan politik.

Orang Melayu selama-lama tidak boleh hanya menyaksikan sahaja 'pihak lain' yang berbeza ideologi politik terus memperkukuhkan kedudukan mereka dan bersatu dalam banyak perkara yang menyentuh kepentingan mereka.

Adalah sesuatu yang malang jika 'pihak lain' itu semakin kukuh muafakat mereka sedangkan orang Melayu terus diancam 'menang sorak kampung tergadai'.