Jumaat, 25 April 2008

Jangan pisahkan 13 Mei dan DEB

JIKA tidak berlaku kekacauan berdarah 13 Mei 1969, hubungan antara etnik di negara ini bukan sahaja setiap masa berada seperti telor di hujung tanduk, keadaan politik dan ekonomi juga berada dalam keadaan yang sentiasa terdedah ancaman dalaman dan luaran.


Lalu, formula perpaduan menjadi asas kepada status-quo seperti yang dialami sekarang. Ekoran peristiwa 13 Mei juga berlaku satu revolusi ekonomi Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak bernama Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat bagi mengimbangi kedudukan ekonomi antara kaum. Ini menjadi kepercayaan bukan sahaja kepada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman tetapi juga kepada setiap Perdana Menteri, baik Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun pemerintahannya tetapi juga kepada Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Setiap tahun perkara ini diperingatkan kepada rakyat betapa perpaduanlah sahaja senjata yang memungkinkan negara ini terus bergerak ke hadapan, dan setiap rakyat tidak kira agama atau kaum akan terus mengecapi nikmat kemakmuran negara. Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Selangor sebuah buku bertajuk May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 (13 Mei: Dokumen Terbuka mengenai Rusuhan 1969) tulisan bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Kua Kia Soongs, dilancarkan. Buku itu menolak bingkai kepercayaan lama bahawa kekacauan 1969 berpunca daripada ketidakseimbangan dalam sosio-ekonomi kaum di negara ini, sebaliknya Dr Kua mengemukakan tesis baru: ‘Kapitalis Melayu yang diketuai Tun Abdul Razak cuba untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman menjadi punca utama rusuhan.’ Dr Syed Husin Ali, bekas sosiologis Universiti Malaya yang kini bergerak sebagai pembangkang kerajaan, ketika pelancaran buku berkenaan turut menolak tesis Dr Kua, walaupun Dr Kua selalu muncul dalam kumpulan yang berpihak kepada pembangkang seperti Suaram (Suara Rakyat Malaysia), Dong Jia Zhong (Persatuan Pendidik Cina), Suqiu (Tuntutan Pilihan Raya 1999) dan penentang utama Sekolah Wawasan. Nampaknya Dr Syed Husin, dalam isu ini, masih lagi mengekalkan kesarjanaannya. Yang benar tetap dinyatakan benar, yang salah dinyatakan salah. Walau sukar untuk mencari motif sebenar Dr Kua membangkitkan sejarah luka berdarah berkenaan, namun tren semasa menunjukkan ada usaha untuk menidakkan DEB dan dasar kerajaan selain menyembur racun terhadap kepercayaan rakyat kepada kerajaan semasa. Sebelum ini asas formula perpaduan ini dicabar bekas Pengarah Pusat Kajian Dasar Awam ASLI, Dr Lim Teck Ghee yang melalui `kajiannya’ mendapati bumiputera telah mencapai 45 peratus ekuiti, sedangkan kerajaan menyatakan sasaran DEB pada penghujung 1990 hanyalah sekitar 18 peratus, sedangkan sasaran dasar berkenaan ialah 30 peratus. Tidak sedikit orang Melayu juga terpengaruh supaya DEB atau dasar seumpamanya dimansuhkan, demi memenuhi kehendak orang seperti Dr Kua, Dr Lim dan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang. Jika Kit Siang melancarkan propaganda DEB memperkayakan sesetengah orang Melayu, Dr Lim menyatakan DEB sudah melebihi 30 peratus dan Dr Kua mempertikaikan punca utama sejarah berdarah 13 Mei kerana usaha menjatuhkan Tunku Abdul Rahman dan bukan kerana kebiadapan pembangkang waktu itu, terpancar keselarian di antara mereka: DEB atau Dasar Pembangunan Nasional perlu dimansuhkan segera. Sudah ada orang Melayu menyanyi lagu sama dengan Dr Kua, Dr Lim dan Kit Siang, kononnya DEB hanya memperkayakan sebahagian elit Melayu, sedangkan tidak ada data konkrit mengenai hal ini. Anehnya orang Melayu yang menolak DEB yang menyatakan memperkayakan sesetengah Melayu adalah diri mereka sendiri! Sesetengahnya memberikan `pink form’ percuma, untuk memperkayakan orang tertentu. Data semasa yang ada, pendapatan perkapital bulanan Bumiputera ialah RM2,500, India RM 3,200 dan Cina RM4,100. Selain bukti di hadapan mata, data semasa juga menunjukkan bangunan komersial dan premis perniagaan bagi bumipitera ialah 11.7 peratus, Cina 71.9 peratus dan India 4.6 peratus. Ini menunjukkan DEB jauh daripada memuaskan bukan sahaja kepada orang Melayu, tetapi kepada semua kaum kerana tidak mungkin perpaduan tercapai kecuali berlaku keseimbangan di antara kaum, atau jurang perbezaan itu wajib dikecilkan. Dr Kua juga menyatakan 13 Mei sebagai ‘hantu’ yang digunakan kerajaan untuk menakutkan rakyat, jika berlaku sesuatu yang tidak menyebelahi kerajaan, seperti mengalamai masalah seperti tahun 1969. Walaupun kenyataan Dr Kua itu secara sepintas lalu nampak seperti ada kebenaran, tetapi pengkaji hubungan etnik di Malaysia seperti Profesor Madya Dr Mansor Mohd Nor dari Universiti Utara Malaysia berpendapat, asas kepada berlaku ‘rusuhan’ selalunya perbezaan ekonomi antara etnik dalam sesebuah masyarakat. Dalam kajian beliau bersama rakan-rakannya ekoran konflik di antara kaum Melayu dan India di Kampung Medan pada 7 Mac 2001, Dr Mansor tidak menafikan punca asas ialah salah faham dan salah tafsiran mengenai satu kemalangan di Kampung Medan dan kemudiannya ketegangan akibat kes kenduri. Bagaimanapun, penelitian mendalam mendapati kes Kampung Medan berpunca daripada masyarakat India dan Melayu dihimpit kemiskinan, walaupun dikelilingi lautan kemajuan. Ini kerana, katanya, orang yang miskin, menganggur dan terpinggir memiliki ‘disposition towards conflics and violence’ (keinginan semula jadi terhadap konflik dan keganasan). Prinsip yang sama berlaku pada 1969 iaitu kedudukan ekonomi (sumber yang membolehkan setiap orang makan dan menikmati kehidupan) tidak seimbang, maka konflik berlaku, walaupun secara sepintas lalu kelihatan keputusan pilihan raya pada 10 Mei itu menjadi belerang yang membakar api persengketaan. Menurut Dr Mansor yang kini menjadi Timbalan Dekan Akademik dan Pembangunan Pelajar di Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang UUM, keadaan sosio-ekonomi merupakan penyebab utuma rusuhan di mana-mana negara, termasuk di Paris pada 2005 dan di negara ini pada 1969. Apakah Dr Kua tidak melihat data-data ekonomi pada tahun 1970? Heng Pek Koon dalam satu tulisan bertajuk The new Economic Policy and the Chinese Community in Peninsula Malaysia dalam journal The Developing Economies, (September 1999, m.s 262–92 memaparkan dengan jelas data-data yang mencetuskan konflik berdarah berkenaan: Pada tahun 1970, perbezaan pendapatan di antara Melayu dan bukan Melayu begitu ketara sekali. Orang Melayu membentuk majoriti golongan miskin, iaitu sekitar 74 peratus di Semenjung Malaysia. Populasi Melayu dikawasan luar bandar 63.4 peratus berbanding kaum Cina 26.1 peratus, sementara kaum Cina membentuk majoriti populasi di kawasan bandar 58.7 peratus berbanding dengan Melayu 27.4 peratus. Pendapatan purata orang Melayu ialah RM178.7, berbanding dengan Cina RM387.4. Ekuiti korporat Melayu pula hanyalah 2.4 peratus, berbanding Cina 34.4 peratus. Menariknya, waktu itu ekuiti korporat negara ini dikuasai oleh orang luar, khususnya British, iaitu kira-kira 63.3 peratus. Tentunya British ingin menjaga kepentingannya di sini, tetapi Dr Kua telah memilih untuk mendapatkan data daripada orang British di pejabat dokuman awam di London, untuk membenarkan tesisnya, bahawa kekacauan 13 Mei berpunca daripada usaha untuk merampas kuasa daripada Tunku Abdul Rahman. Elok Dr Kua mengajak rakan-rakan di Kolej New Era, Kajang dan di Dong Jia Zhong untuk bersama-sama mencari kaedah untuk memupuk rasa muhibah, khususnya di kalangan kanak-kanak di negara ini, melalui sekolah kebangsaan atau kaedah-kaedah lain yang diamalkan oleh negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Rata-rata rakyat negara ini mempercayai perpaduan merupakan aset penting yang membawa kejayaan negara sehingga hari ini, dan Akta Hasutan seharusnya menjadi benteng untuk memastikan perpaduan di negara ini terus berkekalan. Sesungguhnya, perpaduan tidak akan tercapai melainkan berlaku rasa kasih sayang di antara kaum dan tidak ada satu-satu kaum yang membolot kekayaan negara, kerana seperti kata seorang guru, kita meminjam negara ini daripada generasi akan datang. Justeru, usaha memupuk perpaduan melalui kesaksamaan seperti DEB perlu diteruskan untuk memastikan semua anak-anak bangsa di negara ini dapat menikmati kehidupan secara relatif bahagia.

MELAYU ADALAH MASYARAKAT INDUK MALAYSIA (BHG. 2)

D. MENGIMBAS KATA-KATA, UNGKAPAN KATA, SLOGAN-SLOGAN YANG MENGHINA BANGSA MELAYU DAN PERJUANGANNYA

1. Tolak Ansur
Kita lazimnya berasa bangga kerana selama setengah abad kita berupaya mengendalikan pemerintahan negara kita secara aman dan dapat pula menerokai pembangunan dalam berbagai bidang. Dalam konteks bahawa negara kita mewarisi sifat kemajmukan masyarakat yang tidak ada taranya di dunia, (satu warisan penjajahan) ini merupakan satu-satunya 'success story' yang membanggakan.



Kemampuan dan kejayaan kita ini lazimnya dikaitkan dengan tradisi 'bertolak ansur' khasnya antara masyarakat bumiputera bangsa melayu dengan bukan bumiputera. Sesungguhnya dari satu segi proses dan konsep, tolak ansur merupakan satu kebijaksanaan kepimpinan kita yang luar biasa, namun proses bertolak ansur itu sekali-sekali tidak boleh mengabaikan prinsip keadilan dan muafakatnya antara kedua belah pihak.

Jika ditilik daripada segi bangsa Melayu sebagai bangsa yang mempunyai kedaulatan yang diiktiraf dan berkesinambungan, maka prinsip pihak siapa yang mempunyai hak menjadi jelas. Dalam rangka seperti inilah kerapkali proses tolak ansur menjadi proses mneyerah yang mengaibkan dan bukan menuntut hak yang bermaruah. Kita tidak boleh semata-mata berselindung di sebalik prinsip yang dikatakan sebagai 'kebijaksanaan atau hikmah' dengan memberi alasan bahawa rialiti negara kita memaksa kita berbuat demikian dan jikalau kita tidak mengambil kira faktor rialiti kita mungkin akan menempuh mudarat dan porak peranda. Tetapi kita wajib sedar bahawa rialiti bukanlah satu yang beku atau 'static' tetapi rialiti tertaklok kepada hukum alam ___ fitrah; rialiti adalah suatu yang dinamik boleh diubah dan dibaharui. Inilah cabaran untuk terus berikhtiar, merancang supaya tolak ansur boleh mendekatkan kita kepada maklamat perjuangan dan bukan mengkaburkannya.


Proses 'tolak ansur' ini menjadi cabaran yang paling ketara dalam bidang penggunaan bahasa dan penonjolan atau penampilan kebudayaan iaitu dua unsur penting yang akan mencorak warnakan unsur penting yang akan menjadi asas dalam pembentukan keperibadian atau 'identiti' bangsa kita. Ini dapat kita saksikan dalam penggunaan tulisan bahasa asing (bukan bahasa Malaysia), lambang-lambang budaya luaran, sama ada pada papan-papan iklan, majalah-majalah yang diterterakan, muzik yang sentiasa berkemumandang, semuanya ini seolah-olah menjurus kpada imej keperibadian bangsa yang bersifat 'rojak' (Lihat sahaja pendedahan kepada rancangan hiburan di TV di mana penggunaan bahas Malaysia sentiasa diselang seli dengan kata-kata murahan dalam bahasa Inggeris, seolah-olah disengajakan untuk mencemuh tertib bahasa ibunda kita. Kita harus insaf bahawa budi bahasa tidak dapat dipisahkan dari budi pekerti sesuatu bangsa. Kita jua mesti ingat bahawa bangsa yang maju di dunia dapat bertahan kerana memelihara kekuatan budi dan sifat pekerti yang menjadi identiti bangsa itu).

Semua perkembangan di atas itu seolah-olah sengaja 'ditaja' supaya segala sesuatu yang melambangkan akar umbi Melayu tergambar sebagai sesuatu yang kolot, mundur dan lapuk. Tanpa sedar kita mengizinkan usaha 'menjana' perkembangan ke arah "Cultural Inferiority Complex" dikalangan generasi muda Melayu. Maka jika seandainya perkembangan seumpama ini dibiarkan berterusan, dia akan menjadi 'anai-anai' yng memupuskan dan menghancurkan kekuatan semangat suatu bangsa, 'destroying the spirit of nation'. Lebih dahsyat lagi, walau melangit sekalipun kejayaan teknoloji dan ekonomi bangsa yang dicapai, dia akan runtuh dan sendirinya 'The Whole Social Structure Will Collapse On Its Own Weights' kerana kekuatan struktur sosial dan budaya yang menjadi foundation masyarakat 'reput dimakan anai-anai'.

Dalam rangka seperti ini harus jua disebutkan implikasi iklan seperti 'Instant Asia' atau 'Truly Asia' sebagai tarikan pelancong luar begeri. Tanpa berhati-hati iklan-iklan seperti ini boleh mengalakkan kebangkita kesedaran budaya bukan Bumiputera yang berakar umbi di luar negara dan memunafaatkannya dalam bentuk asingnya yang mutlk. Ini boleh membunuh dasar mengalakkan proses "adaptasi atau mngubahsuaian unsur luar untuk memperkaya khazanah budaya nasional" seperti yang dicita-citakan oleh UMNO.

Rabu, 23 April 2008

MELAYU ADALAH MASYARAKAT INDUK MALAYSIA (BHG. 1)

Sejarah adalah senjata orang Melayu dalam menghadapi tuntutan, kritikan, penafian, dan tekanan dan kerenah dari pelbagai puak-puak dan kelompok masyarakat terhadap legitimasi Melayu di atas buminya sendiri, baik dari dalam atau luar negara.

Salah satu penerangan dan pendekatan yang sering efektif untuk menerangkan persoalan-persoalan ini adalah pendekatan yang di buat dalam buku Tuntutan Melayu (1981) karangan oleh Dato Prof Dr Malik Munip. Beliau adalah bekas pensyarah sejarah di Universiti Malaya dan bekas ahli Parlimen Muar.

Baru-baru ini, beliau telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Melayu adalah Masyarakat Induk Malaysia" di Seminar Agenda Melayu ke III pada November 4hb, 2007 baru-baru ini. Kertas kerja itu merupakan gis bukunya itu yang memberi satu teras pendekatan sejarah dan budaya dalam menjawab tekanan-tekanan yang dihujani ke atas orang Melayu. Kertas kerja itu diterbitkan semula dalam blog ini dalam tiga bahagian.


MELAYU ADALAH MASYARAKAT INDUK MALAYSIA

A. MUKADIMAH

1. Falsafah perjuangan bangsa Melayu adalah bersendikan kepada keyakinan bahawa Melayu/Bumiputera adalah masyarakat induk/teras/ibu di Malaysia. Oleh kerana itu hak dan matlamat perjuangan adalah berbeza daripada kaum-kaum lain.

2. Sebagai sebuah masyarakat Islam yang terbuka dan mewarisi tradisi menghargai nilai-nilai Islam yang keyakinan hanya dapat dibina di atas landasan yang kukuh yang dapat menatijahkan bahawa bahawa apa yang diperjuangkan adalah sohih dan halal. Maka adaah pri penting setiap generasi Melayu menghayati prinsip-prinsip asas yang membezakan kedudukan bangsa Melayu berbanding dengan kaum-kaum lain yang lazimnya ditakrifkan sebagai masyarakat serpihan) yang terpelanting daripada masyarakat induknya di negara-negara asal mereka.

3. Namun kerana keperluan teknikal perbezaan itu menjadi kabur apabila masyarakat bukan Melayu yang jumlahnya hampir separuh jumlah penduduk Malaysia diiktirafkan sebagai warga negara istilah seperti masyarakat pendatang atau imigren sebagai rujukan kepada rakyat bukn Bumiputera menjadi tidak sesuai.


B. KONSEP MASYARAKAT INDUK/IBU/TERAS ATAU "TOTAL SOCIETY"

1. Kita semua adalah “product of history” atau anak penghasilan sejarah maka suka atau tidak, sedar atau alpa, jahil atau mengetahui, tanggapan kita mengenai sejarah keluarga kita, masyarakat kita dan apatah lagi sejarah bangsa kita menjadi faktor penentu tentang apa yang dianggap hak kita atau hak orang lain. Di sinilah letaknya kepentingan mengetahui sejarah yang dapat mengelak daripada pemahaman yang dimanipulasi yang aka mengizinkan hak-hak kitatergadai.



2. Para ilmuan rata-rata menerima hakikat bahawa dari segi sejarah, Malaysia adalah sebahagian daripada alam budaya Melayu yang luas. Konsep alam budaya Melayu (geo-cultural/region) berkaitan terus kepada konsep tamaddun atau pradaban ia itu sepertilah juga tamaddun Cina atau tamaddun India yang menjadi asas kepada kelahiran alam budaya Cina atau alam budaya India yang sangat luas itu. (Datok, nenek kita peka dengan hakikat itu kerana itu mereka merujuk negeri China sebagai benua China). Satu sifat umum tamaddun agung dan besar seperti ini ialah hakikatwujudnya kepelbagaian sukuan dan puak yang berbeza-beza dalam kesatuan alam budaya yang satu seperti puak Hailam atau Teochew atau Kek dalam alam budaya Cina. Namun perbezaan-perbezaan budaya, loghat atau bahaasa bahkan kepercayaan sekalipun semuanya terangkum dan memperkaya kedinamikan khaznah tamaddun atau pradaban yang besar itu.

3. Maka seperti tamaddun-tamaddun yang besar tadi, pradaban Melayu merangkumi satu kawasan yang luas, satu gugusan pulau-pulau yang terbesar di dunia, berlumlah lebih daripada 21 ribu pulau dan mengandungi di dalamnya berpuloh-puloh sukuan dan puak dengan segala ragam loghat bhasa dan adat budaya yang berbeza-beza namun semuanya itu terangkum dalam satu kesatuan alam budaya atau satu ‘geo-cultural region’ yang dinamakan gugusan pulau-pulau Melayu, Alam Melayu, Dunia Melayu, Nusantara hatta pernah jua dirujuk sebagai ‘Malaysia Raya’. Harus diingat bahawa nama atau istilah ‘Malaysia’ sebagai rujukan para sarjana kepada kawasan gugusan pulau-pulau Melayu telah digunakan berpuloh-puloh tahun sebelum negara Malaysia merdeka dan menjadi satu entiti politik yang tersendiri.

4. Pengakuan sebagai anak Melayu pernah dilafazkan oleh ramai pemimpin negara-negara di gugusan pulau-pulau Melayu sekalipun mereka daripada puak atau suku yang berbeza-beza iaitu seperti Jose Rizal di Filipina atau Sukarno di Indonesia.

5. Istilah bumiputera juga mengandugi erti yang lebih luas daripada erti ‘native’ atau ‘indigenuous’ yang sempit. Ianya juga berkait rapat dengan konsep alam budaya atau tamadun yang wujud di satu-satu tempat.

6. Perlu diingat bahawa konsep tamadun atau pradaban sesuatu bangsa itu mencakupi erti perkembangan yang tinggi dan luas yang melibatkan bidang-bidang bahasa dan sesusasteraan, falsafah, politik, kenegaraan dan empayer. Tradisi Melayu yang kita warisi di alam Melayu mempunyai semua sifat-sifat ini, mempunyai struktur sosial yang lengkap atau ‘total society’ daripada raja-rajanya membawa kepada rakyat jelata, asas kepada kedaulatan atau ‘sovereignty’ yang diiktiraf sebagai satu bangsa yang beradab. Melayu bukan sekadar satu puak atau satu kaum di bumi sendiri tetapi diiktiraf sebagai satu bangsa yang menjadi masyarakat penentu yang mencorak warnakan perkembangan sejarahnya menjadi masyarakat ‘definitive’ yang menjadi rujukan kepada masyarakat-masyarakat asing lain yang hadir di bumi Melayu.

Dalam kontek ilmu sejarah, bangsa Melayu dirujuk sebagai faktor kesenambungan yang difinitif dan masyarakat pendatang mesti membuat ubahsuai atau adaptasi dengan merujuk kepada masyarakat penentu/atau masyarakat teras dan bukan wujud dalam bentuk asingnya yang mutlak. Sesungguhnya ini adalah selaras dengan tradisi tamadun manusia yang mempunyai nilai murni dimana “bumi dipijak di situ langit dijunjung” seperti di barat dikatakan “When you are in Rome, behave like the Romans do”.

Sesungguhnya ini adalah prinsip pri penting yang wajib diambil iktibar (terutama dalam bidang membina budaya kebangsaan) supaya proses tolak ansur tidak terjebak menjadi proses penggadaian budaya.


C. UMNO PESAKA BAHTERA PERJUANGAN BANGSA

1. UMNO adalah satu-satunya wadah pengucapan politik Bumiputera di Asia Tenggara yang berjaya (a success story). Ia tidak diasaskan di atas landasan ideologi ciptaan manusia seperti komunisma atau sosialisma yang menjadi anutan yang fashionable selepas perang.


2. UMNO ditubuhkan di atas ass perpaduan lebih 42 pertubuhan Melayu yang merangkumi persatuan Melayu negeri-negeri, persatuan sukuan seperti persatuan anak jawa atau persatun orang asli dan pertubuhan golongan professional seperti persatuan guru-guru Melayu.

UMNO disokong oleh semua lapisan masyarakat Melayu dari raja-raja Melayu membawa kepada rakyat jelata. Kita wajib mengambil iktibar dari amanah sultan Johor dalam perhimpunan awal UMNO di Istana Johor.

“Ingat UMNO bukan pertubuhan yang lahir di kaki lima tetapi pertubuhan Melayu di bumi Melayu. Dia (UMNO) ada daulat.”

3. Salah seorang elupor utama yang bertungkus lumus untuk menubuhkan UMNO ialah Pendita Zaaba (menyedihkan namanya jarang diingati).

a. Dengan cara yang halus Zaaba telah mengasaskan falsafah perjuangan bangsa yang sohih kepada parti Melayu ini. Sebagai pengerusi jawatankuasa yang bertanggungjawab mencipta nama untuk pertubuhan Melayu ini. Pendita Zaaba telah mengubah namanya supaya lebih tepat, leih teguh dan lebih berwibawa yang sekali gus membezakannya daripada pertubuhan-pertubuhan politik bukn Melayu.

b. Nama asal UMNO ialah UMO atau ‘United Malay Organisation’ yaani Pertubuhn Melayu Bersatu. Kata-Pendit Zaaba, Melayu di bumi Melayu adalah berbeza dari bukan Melayu di bumi Melayu. Melayu, di bumi Melayu adalah masyarakt induk, mayarakat teras atau masyarakat ibu. Bukan Melayu di bumi Melayu pula adalah masyarakat serpihan yang berasal daripada masyarakt induknya di negara-negara asal!

c. Kerana itu dengan penuh himah Pendita Zaaba telah menambah satu perkataan kata sifat sebagai merujuk kepada politik Melayu iaitu perkataan “Nasional” atau Kebangsaan. Maka hasilnya nama ‘Pertubuhan Melayu Kebangsaan Bersatu’ atau dalam bahasa Inggeris ‘United Malay National Organisation’ atau UMNO.

Natijahnya daripada perubahan itu ialah untuk membawa keinsafan bahawa
Melayu sebagai masyarakat induk yang lengkap yang menjadi teras kepada negara yang berdaulat dari dahulu hingga sekarang. Maka sifat Melayu, cita-cita perjuangan Melayu mempunyai status yang lebih tinggi, menjadi sifat dan cita-cita perjuangan yang bertaraf nasional dan bukan perkauman.

d. Natijah keramat daripada saranan abadi Pendita Zaaba ini ialah bahawa seluruh perjuangan bangsa Melayu ini berpaksi kepada prinsip menterjemahkan / melaksanakan kedudukan Melayu uang induk/nasional itu ke dalam semua bidang penghidupan bangsa yang merdeka:-

i) Politik Melayu mesti menjadi induk/teras politik negara.
ii) Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa nasional.
iii) Kebudayaan Melayu mesti menjadi teras kebudayaan nasional.
Seterusnya sifat bangsa Melayu yang induk itu mesti akhirnya dapat diterjemahkan ke dalam bidang-bidang utama penghidupan nasional yang lain seperti dalam bidang pendidikan atau ekonomi. Ini ialah intipati kepada perjuangan yang hak dan legimate.

4. Penekanan kepada hakikat bahawa masyarakat Melayu adalah masyarakat induk di negara ini jua di abadikan dalam bendera UMNO. Professor Syed Najib Al Attas iaitu satu-satunya ulamak Melayu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (bukunya diterjemahkan ke dalam berbelas bahasa) adalah merupakan anak Melayu yang telah mencipta dan mengubah bentuk dan warna bendera UMNO itu. Maka selain bendera UMNO itu melambangkan ketinggian martabat Islam dan perjuangan memelihara tradisi kedaulatan negara, ianya jua dilabuhkan di atas prinsip bahawa Melayu dan negara tumpah darahnya adalah sebahagaian daripada bumi dan alam budaya Melayu turun temurun yang luas. Pemilihan warna-warna merah dan putih adalah warna-warna yang melambangkan bahawa akan terus wujud kesatuan dalam tradisi pradaban dunia Melayu atau Nusantara dan yang tidak mungkin diputuskan oleh kehadiran penjajahan.

Selasa, 22 April 2008

MEMAHAMI INTIPATI PERANG BADAR

Sebagai muslim kita selalu dengar pasal Perang Badar, perang pertama dalam sejarah Islam.

Walaupun kita selalu dengar ustaz bercerita tentang Perang Badar, sebenarnya tidak ramai muslim (di sini baca: orang Melayu) yang dapat memahami intipati perang ini dengan jelas dan tepat. Ia mungkin disebabkan sudut penceritaan yang tidak memberi fokus kepada intipati berkenaan.

Apakah sebenarnya Perang Badar?

Perang Badar bukanlah perang dalam ertikata yang kita faham sebagai “perang” hari ini. Perang Badar merupakan satu serangan hendap oleh muslim Madinah yang diketuai oleh Nabi Muhamad saw ke atas rombongan perniagaan yang diketuai Abu Sufyan yang pada ketika itu sedang dalam perjalanan membawa balik sejumlah besar barang dagangan milik peniaga-peniaga Quraish di Mekah.

Serangan hendap itu dilakukan di atas Bukit Badar. Dan sebagaimana yang kita tahu, pihak muslim berjaya telah memenangi perang/serangan hendap tersebut.

Oleh kerana yang mereka perangi dan menangi itu adalah satu rombongan perniagaan yang sedang membawa banyak barang dagangan, maka sebab itulah ada “harta rampasan perang”. Harta rampasan perang itu sebenarnya adalah barang dagangan milik Quraish yang dirampas dari rombongan Abu Sufyan.

Kalau kita tengok melalui minda semasa kita, adakah patut perbuatan Nabi saw menyerang hendap sebuah rombongan perniagaan dan merampas barang dagangan mereka? Apa beza Nabi saw dengan ketua lanun?

Tetapi kita tahu bahawa tindakan itu bukanlah idea Nabi saw. Tapi adalah wahyu dari Tuhan. Tuhan yang memerintahkan kaum muslim melakukan tindakan itu. Nabi sendiri pada awalnya amat keberatan untuk melakukannya, tetapi Tuhan telah bertegas supaya mereka menjayakannya dan menjanjikan imbuhan, bukan saja dunia malah akhirat.

Kenapa Tuhan memerintahkan Nabi saw dan muslim Madinah menyerang hendap rombongan perniagaan Quraish?

Inilah intipati yang kita mesti faham. Bahawa untuk berjaya, kita haruslah berani hatta terpaksa mempertaruhkan nyawa sendiri, kaum kita atau orang lain. Bila kita berani barulah kita boleh menguasai orang. Bila kita sudah menguasai orang, barulah kita boleh melakukan agenda kita.

Kita perlu faham bahawa dalam Perang Badar, harta rampasan perang atau barang dagangan Quraish bukanlah matlamatnya walaupun ia tetap memberi sedikit sebanyak motivasi kepada muslim Madinah untuk turut serta. Apa yang Tuhan inginkan adalah supaya mereka mendapat keberanian, keyakinan dan menyimpan sifat mahu menguasai.

Kita tahu, selepas Badar muslim di bawah pimpinan Nabi saw terus maju ke hadapan, berjaya mengambilalih banyak kerajaan serta kawasan sehingga Islam dapat disebarkan ke seluruh dunia.

Semuanya dapat dijayakan kerana Tuhan, melalui Perang Badar itu sesungguhnya telah berjaya merubah komuniti muslim Madinah yang terpinggir dan serba kekurangan kepada sebuah komuniti yang amat berani, yakin serta memiliki keghairahan yang tinggi untuk menguasai orang lain.

Isnin, 21 April 2008

Mereka sudah lupa


Mereka lupa mereka orang melayu yang makan belacan
Mereka lupa mereka bangsa melayu 4 abad dlm penjajahan
Mereka lupa penjajah Portugis, Belanda dan tipudaya Inggeris
Mereka lupa erti kemerdekaan dan anugerah kemakmuran
Mereka lupa wujudnya kebebasan dibatasi kedaulatan undang2
Mereka lupa akan tempat mereka di lahirkan
Mereka lupa dari mana mendapat pendidikan
Mereka lupa maksud perjuangan dan pengorbanan
Mereka lupa tanggungjawab dan kewajiban

Mereka lupa warisan nenek moyang zaman berzaman
Mereka lupa tradisi Melayu disulam kehalusan
Mereka lupa jatidiri keturunan melayu penuh kesopanan
Mereka lupa ajaran Islam kaya peradaban
Mereka lupa perbezaan antara kritis dengan celaan

Mereka lupa bagaimana umat Islam Bosnia diganyang perkosaan
Mereka lupa bagaimana umat Islam Amerika dlm kehinaan
Mereka lupa bagaimana umat Islam Eropah dlm kebimbangan
Mereka lupa bagaimana umat Islam Palestin dalam kesengsaraan
Mereka lupa bagaimana umat Islam Afganistan dihimpit kekejaman

Mereka lupa bagaimana umat Islam Filipina dlm penindasan
Mereka lupa bagaimana umat Islam Thailand tiada perhatian
Mereka lupa bagaimana umat Islam Myanmar dlm kemelaratan
Mereka lupa bagaimana umat Islam Singapura dipinggirkan
Mereka lupa bagaimana umat Islam Indonesia saling berbunuhan

Mereka lupa berterima kasih sesama manusia , hilang erti kehormatan
Mungkin mereka juga lupa untuk bersyukur pada Tuhan
Bahawa rumpun melayu di bumi Malaysia bertuah dlm kesejahteraan
Angkuh untuk di pimpin melangkah maju ke hadapan
atau masih lena di ulit mimpi atau leka dengan sandiwara

Tentunya mereka lupa,
Rebah Melayu, rebahlah kedaulatan ISLAM
di bumi permata bernama MALAYSIA

Kerana mereka sudah lupa , mereka juga orang melayu yg makan belaca

Ahad, 20 April 2008

Pemimpin perlu faham erti sebenar akar umbi


Di sana sini kita mendengar perkataan ‘akar umbi’. Ketika pihak media melaporkan kenyataan ahli politik mengenai konflik dan krisis dalam parti antara perkataan yang disebut ialah ‘akar umbi’. Ucapan pemimpin juga berfokus kepada politik akar umbi, malah masyarakat juga tidak lagi ragu-ragu bercakap mengenainya.

Apa sebenarnya maksud ‘akar umbi’ itu? Jika kita menghayati perkataan itu, ia sebenarnya mempunyai maksud yang jelas berhubung aliran penerimaan dan pemikiran dari peringkat bawah ke peringkat atas. Akar yang mengukuhkan struktur pokok dan akar jugalah yang menjadi tunjang utama kekukuhan pokok itu tegak berdiri dan sukar ditumbangkan angin dan ribut yang melanda kawasan di mana pokok itu berdiri.

Begitulah juga dengan politik akar umbi yang menjadi sumber kekukuhan utama sesebuah parti politik yang pasti kekal dan teguh jika mendapat sokongan ahli di peringkat bawah sehinggalah menjalar kekukuhan itu ke peringkat atas.


Marilah kita hayati teras perkataan ‘akar umbi’ itu secara rasional dan profesional satu persatu;

A - Aspirasi: Setiap parti politik mempunyai aspirasi yang menjadi nadi penggerak ke arah hala tuju parti. Aspirasi parti perlulah mendapat sokongan setiap ahli parti pada pelbagai peringkat bahagian dan cawangan agar setiap aktiviti dan program yang dijalankan menepati teras aspirasi parti.

K - Kepemimpinan: Pemilihan pemimpin pada pelbagai peringkat dalam parti perlulah diterima, diyakini dengan tidak berbelah bagi oleh setiap ahli di peringkat bahagian dan cawangan. Pemimpin yang tidak diterima oleh bahagian boleh menggugat kekukuhan parti politik itu. Pemimpin pula perlulah sedar bahawa kedudukan mereka dalam parti hanya akan kukuh dan teguh jika diterima dan diyakini setiap ahli pada pelbagai peringkat dalam parti itu.


A - Amanah: Bukan mudah menjadi pemimpin dalam parti kerana akar dan tunjang kepercayaan ahli kepada pemimpin mereka adalah sikap amanah dan jujur dalam menjalankan tugas. Sekali pemimpin memecahkan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka, sukar bagi ahli pada peringkat bahagian dan cawangan untuk menerima dan mempercayai pemimpin itu lagi.

R - Reputasi: Pemimpin yang mahu diterima, dihormati dan diyakini ahli pada peringkat bahagian dan cawangan perlulah membina reputasi yang cemerlang dalam parti. Ini dapat dilakukan dengan kerja keras secara positif untuk mempertingkatkan reputasi diri dalam parti dan bukan bergoyang kaki dan hanya sibuk memuji pemimpin lain dengan harapan dapat menumpang kem pemimpin yang dijangkakan mendapat sokongan bahagian dan cawangan. Pemimpin yang tidak mempunyai reputasi diri sukar diterima ahli parti.

U - Usaha: Setiap ahli parti perlulah sehati sejiwa dan seiya sekata dalam memperjuangkan maruah dan masa depan parti. Ahli pada setiap peringkat bahagian dan cawangan perlu meletakkan usaha berterusan untuk menjamin kejayaan parti. Setiap usaha itu hanya akan berjaya jika ahli dan pemimpin bersama-sama berganding bahu memikul tanggung jawab untuk kejayaan parti.

M - Misi: Setiap parti politik mempunyai misi dan visi yang perlu direalisasikan. Usaha merealisasikan misi dapat dilakukan dengan melaksanakan sistem, strategi dan struktur parti dengan berkesan dan sikap ahli yang positif untuk melihat parti mereka berjaya dengan mengenepikan perasaan hasad dengki dengan ahli yang menampakkan potensi untuk maju. Misi parti perlulah diterima ahli di pelbagai peringkat parti.

B - Berjuang: Perjuangan ahli parti dari peringkat bawah dengan keringat dan kesungguhan akan menjadikan sesebuah parti itu gah berdiri di persada politik negara. Setiap ahli dan pemimpin parti perlu berjuang dengan penuh keikhlasan dan ketelusan untuk mengukuhkan kembali parti yang ada kalanya terumbang ambing dipukul badai. Perjuangan parti perlulah menjadi teras perpaduan ahli parti.

I - Inovasi: Parti politik yang mahu kekal maju perlulah berterusan melakukan daya cipta inovasi dalam parti. Ahli parti yang muda perlu dihargai kerana mereka mempunyai idea kreatif dan mampu membawa perubahan minda yang positif kepada parti.

Parti yang mengekalkan pemikiran konservatif dan tidak mahu berubah akan sukar diterima oleh generasi muda yang mahukan sesuatu suasana politik segar, kreatif dan inovatif mengikut kepada perubahan masa depan.

Oleh itu, bagi pemimpin yang mahu terus diterima, dihormati dan diyakini ahli parti di setiap bahagian dan cawangan perlulah menghayati dengan jelas dan spesifik maksud ‘akar umbi’ dan bukan hanya menyebut secara lisan tetapi menghayati dengan penuh keyakinan dan keikhlasan sokongan dan kepercayaan dari peringkat akar umbi dengan fokus yang sebenar.

Ini penting kerana kejayaan pemimpin parti banyak ditentukan oleh penerimaan daripada politik akar umbi.

Prof Madya Dr Rusinah Siron ialah Pensyarah Utama Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan
Universiti Tenaga Nasional (Uniten)

Sabtu, 12 April 2008

ANAK KECIL MAIN API



Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintis sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

Rabu, 9 April 2008

ADUN SEDILI : Pengikut Pas minta bantuan calon BN

KOTA TINGGI 3 Mac - Seramai 20 pengikut Pas dari Taman Sedili dekat sini menemui calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili, Rasman Ithnain untuk meminta bantuan menyelesaikan beberapa masalah termasuk isu tanah.
Nyata tindakan itu secara tidak langsung 'memberi sokongan' kepada calon BN berkenaan kerana mereka menyedari hanya kerajaan BN mampu membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi.
"Sebahagian besar daripada mereka terdiri daripada golongan nelayan yang taraf kehidupan mereka masih di bawah garis kemiskinan.
"Mereka minta tolong dapatkan tanah, memiliki rumah sendiri dan selesaikan mengenai hak milik tanah di samping beberapa masalah lain," kata Rasman yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi kepada Utusan Malaysia ketika mengadakan kunjungan ke beberapa kampung di Sedili, di sini semalam.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini Rasman yang merupakan muka baru dan anak watan Felda Air Tawar Dua ditentang Timbalan Yang Dipertua Pas Bahagian Kota Tinggi, Munaim Hassan.
Rasman berkata, sebagai komitmennya jika dipilih sebagai wakil rakyat ialah mendekati masyarakat setempat hingga ke peringkat akar umbi.
Pada pilihan raya kali ini terdapat seramai 19,500 pengundi berdaftar di DUN Sedili iaitu 96 peratus pengundi Melayu, 2.6 peratus Cina dan selebihnya India.

ADUN SEDILI : Lapor jika gajah ganggu tanaman

KOTA TINGGI 1 April - Para penduduk Kampung Batu Lima di sini yang kebun dan tanaman mereka diceroboh dan dimusnahkan oleh kumpulan gajah liar, diminta supaya melaporkan segera kepada pihak berkuasa jika kejadian itu berulang kembali.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain berkata, setakat ini hanya seekor gajah liar yang berjaya ditangkap dan dipercayai terdapat beberapa ekor lagi yang masih berada berhampiran kawasan berkenaan.

"Jika ancaman haiwan ini masih ada maka penduduk perlu segera melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan pantas boleh diambil," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Rabu lalu, Jabatan Perhilitan Johor menangkap seekor gajah liar seberat 2.3 tan yang dipercayai memusnahkan kebun buah-buahan dan kelapa sawit penduduk kampung Batu Lima sejak beberapa bulan lalu.
Gajah jantan berusia kira-kira 18 tahun itu ditangkap di hutan Batu Lima, Jalan Kota Tinggi-Mersing di sini dan dipindahkan ke Hutan Taman Negara Endau-Rompin.Operasi membawa haiwan itu mengambil masa kira-kira lima jam dengan bantuan dua gajah denak betina dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) di Kuala Gandah, Pahang.
Rasman berkata, penduduk kini tidak perlu lagi bimbang kerana seekor gajah liar yang sering menceroboh ladang dan memusnahkan tanaman mereka telah ditangkap. Menurutnya, pihaknya dimaklumkan masih terdapat sekumpulan gajah di sekitar kawasan itu terutama di hutan Panti yang kadang kala mengganggu tanaman mereka.
Katanya, antara kampung yang sering diganggu ialah Kampung Sendayan, Kampung Lukut, Kampung Temenin, Kampung Teluk, Kampung Perempat, Ladang Universiti dan Ladang Tunjuk Laut.

TAZKIRAH : 77 CABANG IMAN

1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada para rasul
3. Beriman kepada malaikat
4. Berimankepada kitab-kitab
5. Beriman kepada Hari Kemudian
6. Beriman kepada Takdir
Beriman kepada :
7. Ba’ats (hidup yang kedua sesudah mati)
8. Hasyr (berkumpul semua makhluk sesudah bangun dari kubur)
9. Tempat orang mukmin di syurga dan tempat orang kafir di neraka
10.Mahabbah (cinta) kepada Allah
11.Khauf (takut kepada Allah)
12.Roja (mempunyai harapan akan belas kasih dari Allah)
13.Tawakkal (menyerah kepada Allah)
14.Mahabbah (cinta) kepada junjungan Nabi besar Muhammad Saw.
15.Ta’dzim ( memuliakan) kepada junjungan Nabi besar Muhammad Saw.
16.Yakin pada kebenaran Islam. Lebih baik masuk kedalam api dari pada menjadi kafir.
17.Menuntut ilmu pengetahuan
18.Mengajarkan Ilmunya
19.Ta’dzim (memuliakan) Al Qurân
20.Bersuci
21.Mendirikan shalat lima waktu
22.Membayar Zakat
23.Puasa bulan Ramadhan
24.I’tikaf (berhenti di dalam mesjid sementara waktu)
25.Haji (Ziarah ke Baitullah)
26.Jihad fi sabilillah (membela agama Allah)
27.Waspada (murobathoh menjaga musuh)
28.Waktu berperang, tetap dimuka musuh
29.Menyerahkan seperlima harta jarahan untuk imam
30.Memerdekakan hamba (budak)
31.Menjalankan kifarat ( tebusan) bagi yang berkewajiban
32.Menepati janji
33.Mengingat- ingat betapa banyaknya kemurahan dan kenikmatan Tuhan yang melimpah- limpah, dan bersyukur
34.Menjaga mulut dari yang tak ada faedah
35.Menjaga farji (kemaluan) jangan sampai mendatangi larangan agama
36.Menyampaikan amanat (titipan)
37.Menjaga jangan sampai melukai atau membunuh orang lain
38.Menjaga tangannya dari pada mengambil yang bukan haknya
39.Berhati- hati dari makanan dan minuman yang haram, pula harus menjauhi barang yang tidak halal
40.Menjaga jangan sampai memakai pakaian atau perhiasan serta memakai tempat- tempat yang haram.
41.Jangan sampai bermain-main yang tidak berguna sehingga melanggar larangan agama.
42.Harus hemat dan cermat atas harta bendanya, jangan sampai mubadzir.
43.Harus menjauhi rasa tak enak dalam hati serta dengki.
44.Menjaga keperwiraan (wira‘i)
45.Ikhlas dan meninggalkan laku congkak
46.Gembira di waktu menerima kebajikan, susah manakala menderita keburukan
47.Taubat dari segala dosa
48.Menjalankan qurban (udhiyah, aqiqah, dam, nadzar)
49.Ta’at kepada Ulul- Amri.
50.Percaya kepada perkara yang sudah dimufakati para alim ulama (ijma)
51.Berlaku adil
52.Amar ma’ruf nahi munkar
53.Tolong menolong pada laku ibadah berdasar taqwa (takut kepada Allah)
54.Hayâ(malu)
55.Ta’at kepada dua orang tua
56.Silaturrahim (menyambung persaudaraan)
57.Budi perangai yang utama
58.Berbuat baik terhadap budak belian
59.Menepati hak-hak budak belian
60.Menepati hak-hak anak istri.
61.Bersaudara kepada semua orang Islam, memberi salam jika bertemu dan bersalaman
62.Menjawab salam
63.Menengok orang sakit
64.Menyalatkan mayat orang Islam
65.Mendoakan orang bersin, bilamana ia memuji (tahmid) Tuhan
66.Menjauhkan diri berkawan atau bersahabat dengan orang kafir atau orang yang senang berbuat kerusakan dan supaya bersikap keras kepada mereka
67.Memuliakan tetangga
68.Memuliakan tamu
69.Menutup rahasia orang lain
70.Sabar dalam cobaan dan mengekang keinginan.
71.Zuhud (tidak menggantungkan diri kepada keduniaan) qoshrul- amal (menjauhi panjang angan- angan)
72.Ghirah
73.Berpaling dari barang sesuatu yang sia- sia
74.Bermurah hati
75.Belas kasih kepada anak-anak dan memuliakan orang tua
76.Merukunkan orang yang berselisih
77.Cinta kasih kepada saudaranya, cinta kasih kepada dirinya sendiri, termasuk cinta kasih bila menyingkirkan barang berbahaya yang ada di jalan

Selasa, 8 April 2008

Syaitan Dlm Fatihah


Semoga boleh dimanfaatkan... Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al- Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati...Nama syaitan;


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH


2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB


3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU


4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK


5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS


6. Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'

Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!


7. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.


8. Hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah.


Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.


**Perhatian; Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.

R E N U N G A N : ILMU VS HARTA

Saidina Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah pernah menyatakan bahawa orang yang berilmu lebih baik daripada orang yang berharta.

Pada satu ketika 10 orang ulamak Khawarij telah menguji pengetahuannya. Mereka masing-masing mengemukakan pertanyaan yang serupa, dan diminta memberi jawapan yang berlaina tetapi mencakupi ruang lingkup yang sama. Pertanyaan itu ialah:

Manakah lebih baik, ilmu atau harta? Saidina Ali dengan cepat menjawab:

Ilmu lebih baik dari harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi dan Rasul, sedangkan
harta pusaka daripada Firaun, Qarun dan lain-lain.

Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya,
sedangkan harta mesti dipelihara oleh pemiliknya sendiri.

Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan
sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan.

Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu apabila dikeluarkan semakin bertambah
sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan dan akhirnya habis.

Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat
panggilan mulia dan hormat daripada masyarakat. Sedangkan orang yang berharta
seringkali mendapat panggilan yang rendah.

Ilmu lebih utama dari harta sebab ilmu tidak boleh dicuri daripada pemilik nya tetapi
harta dapat dicuri, hilang dan sebagainya.

Ilmu lebih baik dari harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari qiamat akan
mendapat pertolongan daripada ilmu yang dikembangkan, sedangkan orang yang
berharta akan dihisab dan diminta bertanggungjawab terhadap pemakaian harta tersebut.

Ilmu lebih baik dari harta kerana ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah,
sedangkan harta lambat laun akan habis.

MUTIARA HIKMAH

1. Jaga Lidahmu
"Hati itu adalah tempat rahsia dan bibir itu kuncinya sementara lidah adalah anak kuncinya. Oleh itu hendaklah setiap orang menjaga anak kunci rahsianya".

2. Kebaikan Ilmu
"Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu, tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab, tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal dan tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut".

3. Bandingan Akal Dan Harta
"Akal itu menteri yang menasihat dan harta itu seorang tamu yang akan berangkat"

4. Bandingan Perkataan
"Perkataan itu seperti ubat; jika engkau gunakan sedikit daripadanya akan memberi faedah, tetapi jika digunakan terlalu banyak akan membahayakan"

5. Siarkan Kebaikan Orang
"Apabila engkau berbuat kebaikan sembunyikan, dan apabila orang membuat kebaikan kepadamu hendaklah engkau sebarkan"

6. Dunia
"Dunia itu awalnya payah, akhirnya binasa, halalnya dihisab dan haramnya diazab"

7. Bala Terhebat
"Manusia yang mendapat sehebat-hebat bala dan paling banyak kesusahan ialah orang yang mempunyai lidah yang terlepas dan hati yang tertutup iaitu dia tidak dapat diam dan tidak pandai memperelaokkan kata-katanya"

8. Bergaullah Dengan Baik
"Bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang jika kamu tiada, mereka akan rindu kepada kamu dan jika kamu mati mereka akan menangisimu"

9. Nasib Si Pemarah Dan Putus Asa
"Tidak akan engkau dapati orang yang pemarah itu senang, tidak yang berakal itu tamak, tidak yang pemurah itu dengk dan tidak yang berputus asa itu kaya"

10. Sabar
"Kesabaran itu ada dua iaitu sabar menahan sesuatu yang engkau benci dan sabar melepaskan sesuatu yang engkau suka. Dan yang kedua itu lebih berat atas nafsu"
postamble();

TAZKIRAH


Setiap Islam wajib mempercayai Hari Kiamat. Terdapat 5 alam yg dilalui oleh setiap manusia iaitu :

1. Alam Roh - Alam dimana setiap manusia berjanji mnyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya. -Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.

2. Alam Rahim - selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagimengingati segala peristiwa Alam Roh)

3. Alam Dunia - Manusia hidup didalam satu alam yg amat-amat singkat tetapi amat-amat penting untuk alam yg seterusnya. -Hidup sehingga 65thn-75thn

4. Alam Kubur - Alam Kubur adalah bersamaan 40 thn. 1 thn bersamaan 1000 thn didunia. - Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi'Sa'iid ; Rasulullah saw bersabda :" Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka"

5. Alam Mahsyar - Alam Mahsyar adalah bersamaan 300thn. 1 thnbersamaan 50,000 thn didunia. - Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiupan oleh Malaikat Israfil. - Tiupanpertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yg keduamenghidupkannya kembali dimana bumi memuntahkan isinya.-

* Dlm riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yg mati di Mekah / Madinah). Sunat utk kita berniat untuk mati di Mekah atau Madinah shj. Haram berniat utk mati ditempat yg lain.- Rasullullah s.a.w yg pertama sekali dibangkitkan dimana Rasullullah s.a.w bertanya pada Jibrail " Dimana kamu tinggalkan umatku"

# Didalam Surah Al-Waaqi'ah Allah menyebutkan dipermulaan keadaan/suasana Kiamat Besar dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan :

1. Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah); iaitu orang-orang yang dapat memasuki Syurga diperingkat awal.

2. Abraar (Baik-kebaikwan); iaitu orang-orang yang baik-baik mereka ini ialah golongan Kanan (Golongan Berrtuah Peringkatkedua)

3. Fujjaar (Jahat-jahawan); iaitu orang-orang yang jahat-jahat; mereka ini ialah golongan kiri (golongan celaka/sial).


Kemudian Allah menyebutkan diakhirnya keadaan Kiamat Kecil dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan juga iaitu;

1. Muqarrabiin.

2. Golongan Kanan.

3. Golongan Pendusta Yang Sesat.

Peristiwa di Padang Mahsyar- Manusia dibangunkan dlm keadaan telanjang melainkan mrk yg beriman. Jln masing-masing tidak kenal antara satu kecuali 7 golongan. Mengikut Riwayat , Rasullullah saw dan Nabi Ibrahim as diberi pakaian terlebih dahulu diikuti yg lain (para Nabi,Sahabat dan mrk yg beriman). 7 golongan :

1. Pemimpin yang adil

2. Lelaki yg terikat hatinya dgn masjid

3. Lelaki yg bersedekah tetapi tidak diketahui

4. Orang muda yg taat kepada perintah Allah

5. Lelaki yg diajak oleh wanita,tetapi dia menolak dgn kata "Aku takut pada Allah"

6. Lelaki yg senantiasa mengingati Allah dan takut pada Allah

7. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.


Wallahuwa'lam.

Anwar Yang Gelojoh


Cakap-cakap untuk menubuhkan kerajaan persekutuan Barisan Rakyat (BR) dalam penggal ini, tanpa melalui pilihan raya umum adalah membimbangkan.
Kegelojohan ahli politik sememangnya merisaukan walaupun sifat itulah yang mendorong kepada pencapaian kemenangan bagi mereka secara mengejutkan dan dalam waktu yang singkat.
Pada tahun awal 80-an, ketika Yang Dipertua PAS masa itu, Allahyarham Dato' Asri Muda sedang berkira-kira hendak mencari pemimpin baru bagi partinya, sudah tentu dengan sendirinya beliau mengharapkan Anwar Ibrahim.
Masa itu nama Anwar sebagai tokoh muda yang mahu membawa perubahan sedang meningkat naik. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu memberi harapan baru kepada negara, khususnya di kalangan orang Melayu dan Islam tentang masa depan lebih cerah.
Allahyarham Tun Razak juga pernah mempelawa beliau untuk menyertai pihak kerajaan sebagai pemimpin belia yang boleh menyumbang awal kepada negara. Anwar menolak kerana hatinya berada di pihak pembangkang.
Hubungan rapat ABIM dan PAS meletakkan kemungkinan Anwar akan memimpin parti Islam itu. Maklumlah PAS sedang menghadapi ketandusan kepimpinan dan kehadirannya dalam BN tidak begitu disenangi oleh ahli-ahli dan barisan kepimpinan juga sudah kelihatan letih, dan mencari orang yang segar.
Tetapi menjelang pilihan raya tahun 1982, politik Malaysia dikejutkan dengan penyertaan Anwar ke dalam Umno. Inilah bermulanya siri kejutan oleh Anwar yang terus menggoncang politik negara, mungkin sepanjang hayatnya. Banyak penyokong PAS dan gerakan Islam umumnya dirasakan dikhianati. Dengan sendirinya ABIM turut menyebelahi Umno dan keadaan ini mendorong kepada pemberontakan yang akhirnya mengeluarkan Asri daripada PAS.
Beliau kemudian menubuhkan Hizbul Muslimin (HAMIM), membawa HAMIM ke dalam BN, akhirnya beliau juga menyertai Umno. Memanglah Anwar enggan menyertai PAS kerana parti itu tidak mampu untuk memerintah negara kerana bentuknya yang tidak pelbagai kaum dan agama. Tetapi andai kata Anwar memimpin PAS, keadaan itu tentunya berubah dan negara menjadi berbeza daripada apa yang pada hari ini.
Dalam Umno, Anwar naik dengan cepat. Beliau melakukan banyak kejutan. Dengan cepat belaiu menjadi ketua Pergerakanb Pemuda Umno. Daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjaga hal ehwal agama kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Kemudian menjadi Menteri Pertanian dan Menteri Pelajaran.
Dalam parti, beliau jadi Naib Presiden dan kemudiannya Timbalan Presiden, melalui usaha yang tidak pernah dilakukan dalam Umno, meminggirkan Allahyarham Ghafar Baba melalui penubuhan Team Wawasan, terdiri daripada Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Muhammad Muhd Taib dan Rahim Thamby Chik. Di pihak pergerakan Wanita ialah Zaharah Sulaiman.
Apabila Indonesia diselubungi geraan Reformasi, Anwar juga melancarkan Reformasi dalam Umno. Dengan penyataannya di Johor, di depan Ghani Othman, beliau pasti dilihat sebagai mencabar Mahathir Mohamad.
Memang Malaysia sering mengikut jejak Indoensia dalam politik, tetapi ia bergerak jauh lebih lambat. Apabila Indeonsia mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1945, pejuang-pejuang nasionalis di Tanah Melayu juga bersemangat dan menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), parti politik pertama orang Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan pada tahun 1946. Pemimpin utamanya ialah Pak Sako, Dr Burhanuddin Al-Hilmy dan Ahmad Boestamam.
Tetapi Tanah Melayu hanya mencapai kemerdekaan 12 tahun kemudian iaitu pada tahun 1957. Ia dicapai bukan oleh PKMM tetapi Perikatan Umno-MCA-MIC. PKMM yang pada mulanya turut bergabung dalam Umno telah keluar daripada gabungan itu.
Dalam Malaya Merdeka, Pak Sako menjadi ketua Parti Buruh Malaya, Dr Burhanuddin ketua PAS dan Ahmad Boestamam ketua Parti Rakyat Malaya. Parti Buruh dan Parti Rakyat bergabung dalam Front Sosialis atau Barisan Sosialis (FS). PAS dan FS adalah barisan pembangkang yang kalah teruk dalam pilihan raya tahun 1964 apabila mereka menolak gagasan Malaysia, dengan menyebelahi Indonesia.
Maka dalam tahun 1998 walaupun Anwar cuba membawa reformasi ke Malaysia, beliau gagal dengan padah yang besar. Reformasi yang dilaungkan pada tahun itu iaitu sama waktu dengan di Indonesia ditolak oleh Umno dan gagal pada tahun 1990.
Hanya lapan tahun kemudian, iaitu dalam pilihan raya umum ke-12, gagasan beliau diterima apabila Barisan Rakyat dapat menafikan majoriti dua pertiga BN. Sekali lagi beliau melakukan kejutan.
Tetapi ahli politik tidak wajar gelojoh. Tunggulah pilihan raya akan datang. Yang membawa reformasi pada masa akan datang tidak semestinya beliau. Tetapi beliau telah membuka ruang.Pemimpin PAS, DAP dan KeADILan yang asalnya PRM juga sudah masak dengan perangai Anwar. Tentunya Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali yang dahulunya Presiden PRM sudah lama mengenali Anwar sejak zaman universiti lagi apabila Anwar dan mahasiswa berada di jalan raya berdemonstrasi.
Anwar hampir sampai ke puncak dalam Umno tetapi gagal kerana salah perhitungan yang berakibatkan keadaan yang dahsyat. Bukan saja beliau rugi tetapi juga rakyat dan negara.Maka ketika berada di puncak sebagai pemimpin de facto bukan saja KeADILan tetapi juga Barisan Rakyat, Anwar ternyata gelojoh. Banyak pelajaran telah diperoleh daripada apa yang berlaku sejak dua dekad lalu. Janganlah memgulangi kesilapan.

Tun M ingin tiru Keluarga Bush

“Kononnya zaman saya tidak ada kebebasan, semua orang takut. Tetapi depa kata (kepemimpinan) saya lembik tapi (ada) orang takut kat si lembik - seolah-olah dalam kabinet, (menteri) bodoh belaka, (menantu saya) Khairy (Jamaluddin) seorang yang pandai yang menentukan segala-galanya."Tuduhan-tuduhan yang tidak ada batas… hentam begitu sahaja. Apakah pada masa dulu (era Dr Mahathir) tidak ada sekatan-sekatan tertentu…"Bila Dr Mahahtir mengambil alih jawatan daripada Tun Hussein (Onn), saya tahu reporter semua dipanggil jangan memberi liputan berita kepada Tun Hussein, jangan tunjuk gambar Tun Hussein."Operasi Lalang siapa yang bertanggungjawab saya tahu, bukan saya tak tahu," katanya.Itulah luahan dan pendedahan sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika Majlis Penerangan UMNO di PWTC, semalam.Jelas sudah dimana kita dapat melihat ketakutan sebenar dating dari Tun dan anaknya, Mukhriz kerana hasad dengki dan iri hati dua beranak ini makin disedari kegoyahan politik mereka.Hakikat sebenar yang jelas dilihat adalah impian Mukhriz yang terlalu bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri sehinggakan bapanya sendiri berani berkata jika Negara di pimpin oleh menantu maka hancurlah Negara.Maka apakah perbezaannya jika Negara baakal dipimpin oleh anaknya sendiri akan selamat dan maju Malaysia ini? Apakah Tun berfikir beliau adalah Tuhan yang boleh mengetahui masa depan Negara akan terjamin jika di perintah oleh anaknya? Kukuhnya disini, siapakah yang dahagakan kuasa pemerintahan?Gambaran Tun yang mengatakan Perdana Menteri telah dikuasai oleh menantu sendiri menandakan pemikiran Tun sudah nyanyuk.Jika tidak kerana menggilai kuasa, masakan Tun beria-ia mahukan anaknya sendiri menjadi Perdana Menteri? Keraan impian Tun mahukan Malaysia di perintah oleh generasi beliau sahaja.Janganlah kita lupa, Tun menyimpan hasrat yang begitu tinggi untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang dikuasai oleh anak-beranak beliau seperti mana Presiden Bush dan Goerge Bush.