Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30 minit
ataupun 1 jam (utk separuh masa)?
Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.
Dia menjawab....”Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah...
Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai “2 biji bola” dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.
Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola.
Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu,
jumlah keseluruhan ialah 45 minit.
Persoalan terjawab !!!
Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit...itu adalah
“bola referee”!
JGN MARAH.... GURAU JEEEE
Isnin, 16 Jun 2008
KENAPA MASA PERLAWANAN BOLA SEPAK 45 MINIT????
Hari Bapa bukan sekadar hadiah
APA ada pada Hari Bapa jika kita menyambutnya sekadar membawa bapa makan besar di hotel lima bintang atau menghadiahkan mereka barangan berjenama tanpa menjiwai erti sebenar kedudukan dan peranan bapa dalam konteks keperluan masyarakat dan negara kita hari ini?
Dalam masa yang sama, sejauh mana pula 'hadiah' atau sumbangan golongan bapa terhadap keluarga, masyarakat dan negaranya?
Adakah makin robohnya dinding moral dan akhlak anak-anak sekarang; kurangnya kesedaran sivik rakyat walaupun galak mahu muncul sebagai bangsa maju di dunia; tipisnya semangat nasionalisme warga serta sikap pasif rakyat kita dalam berhadapan dengan pelbagai perkara yang mencabar haknya - semuanya berkait rapat dengan kegagalan golongan bapa di Malaysia menjalankan tanggungjawab sebenar mereka?
Walhal, sejarah telah membuktikan kegemilangan tamadun-tamadun awal dunia serta kebangkitan mengumpul kekuatan tenaga dan akal membina negara bangsa datangnya daripada pengorbanan golongan bapa.
Usaha memerangi kuasa penjajah Barat serta ancaman komunis di tanah air ini, gerakan Sumpah Pemuda 1928 seterusnya kemerdekaan di Indonesia pada 1945 serta tertegaknya Republik Rakyat China pada 1 Oktober 1949 adalah antara contoh betapa besarnya jasa, tanggungjawab dan peranan bapa yang jauh melangkaui sempadan keluarga sendiri sahaja.
Oleh itu, angkatan bapa kita kini perlu bermuhasabah diri menilai semula sejauh mana peranan mereka terhadap keluarga, masyarakat dan satu-satunya tanah tumpah darah kita ini dalam era yang jauh berbeza berbanding dahulu.
Sebagai tapak kestabilan bangsa Malaysia, institusi keluarga harus diberi perhatian terlebih dahulu agar setiap orang anak yang dibesarkan memberi manfaat mengikut kebolehannya bukannya penambah beban kepada masyarakat kita kelak.
Malangnya, ramai golongan bapa hari ini menyerahkan tugas mendidik anak kepada para ibu atau pihak sekolah dengan terlalu memanjakan anak sehingga anak 'naik lemak'.
Sepatutnya, rasa sayang bersulamkan ketegasan dalam mendidik anak perlu diamalkan dengan anak-anak lelaki diajar agar lebih bertanggungjawab dan berpandangan jauh, manakala anak- anak perempuan pula diasuh supaya berfikir sebelum bertindak.
Ini perlu agar tidaklah nanti mereka hanya tahu membuang masa, berlumba motor, menagih dadah, melahirkan anak luar nikah atau menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
Selain memenuhi keperluan asasi keluarga, golongan bapa di negara ini harus lebih berani berada di barisan hadapan dengan kritikal menyuarakan hak dan kepentingan masyarakatnya.
Mereka juga adalah ejen utama sosialisasi nilai akauntabiliti dan jati diri patriotisme kepada keluarga dan bangsa. Jika tidak, tentu tidak wujud gelaran Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan, Bapa Perpaduan dan Bapa Kemajuan seperti yang diberi kepada para mantan Perdana Menteri kita.
Persoalannya, wajarkah golongan bapa hari ini diberi penghargaan melangit sempena Hari Bapa jika hanya tahu memenuhkan restoran mamak hingga lewat malam sambil bersorak menonton siaran Euro 2008 tanpa mengambil peduli pelbagai cabaran dan resah gelisah yang sedang dan akan menimpa keluarga, masyarakat dan negaranya?
Selasa, 20 Mei 2008
SIAPA KARPAL SINGH?

Karpal Singh adalah kafir harbi yang memang seorang yang mempunyai sikap perkauman yang tinggi serta amat anti kepada Islam. Tetapi, dia amat bijak dalam menyembunyikan identiti sebenarnya dengan menggunakan hujah-hujah yang nampak biasa kepada golongan kebanyakan orang yang mempunyai IQ sederhana.Walau bagaimana, dia tidak dapat menipu golongan yang mempunyai IQ yang tinggi.
Isu pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas adalah salah satu isu sengaja yang dimainkan oleh DAP kafir harbi amnya dan Karpal Singh khusunya demi kepentingan politik mereka. Namun, ramai orang Melayu Islam tidak mengetahui hakikat sebenar kenapa Karpal Singh dan DAP ingin sangat memulihkan imej Tun Salleh Abas.
Banyak isu yang dikaitkan dengan pemecatannya adalah mengenai pembubaran parti UMNO. Hakikatnya, ini adalah salah satu isu yang bukan menjadi isu negara kerana ianya hanya melibatkan parti UMNO sahaja.
Apa yang tersirat sebenarnya ialah Tun Salleh Abas pernah membuat penghakiman bahawa Malaysia bukan Negara Islam dan adalah sebuah Negara Sekular berdasarkan undang-undang dan perlembagaan. Jadi adalah penting bagi imej Tun Salleh Abas dipulihkan bagi menaikan semula nilai penghakiman tersebut. Hanya dengan bantuan pemimpin Melayu Islam sendiri, Karpal Singh dan DAP kafir harbi akan memanipulasikan isu penghakiman Tun Salleh Abas ini dan akan dijadikan rujukan sepanjang zaman jika ada sesiapa sahaja cuba menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam yang sebenarnya.
Pada masa itu, PAS akan terperangkap dengan isu dan fakta ini serta terpaksa akur dengan ketetapan yang telah dipersetujui. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh (dan Mat Sabu, Naib Presiden PAS sekarang) adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvention mereka di Kuala Lumpur.
Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk. Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar. Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku 5 bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.
Pelik tapi benar, 2 orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar tetapi hari ini mereka amat menyanjungi Anwar. Tentu sukar untuk dipercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut.
Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama?
Tidakkah ini kelihatan seperti “ada undang, di sebalik batu’?
Lebih menghairankan lagi apabila Anwar sendiri rela diwakili oleh Karpal Singh yang pernah menuduhnya melakukan salahlaku seks.

Pada pandangan saya, Anwar bersetuju menerima Karpal sebagai sebahagian pasukan peguambelanya kerana tidak perlu malu dan segan untuk dia meluahkan segala rahsia seksnya kerana yakin Karpal sendiri sudah mempunyai maklumat yang sama apabila membuat dakwaan sebelum ini. Jadi Anwar tidak perlu berselindung dengan Karpal dan memudahkan Karpal Singh mengatur strategi untuk membela Anwar dalam perbicaraan nanti.
Pada masa itu, Karpal Singh mengambil peluang ini untuk menawarkan khidmatnya sebagai peguambela Anwar. Karpal sedar bahawa Anwar akan terpaksa mendedah segala maklumat penting bagi membolehkannya membela Anwar.
Jadi, boleh disimpulkan bahawa setiap sejarah hidup, perilaku dan tindakan yang pernah diambil oleh Anwar sudah berada di tangannya. Karpal juga mengambil kesempatan untuk menjadi popular apabila membuat tuduhan bahawa ada konsipirasi untuk membunuh Anwar menggunakan asernik dan sebagainya.
Hakikat sebenarnya tuduhan konspirasi ini tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam badan Anwar. Malah jika benar dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar disuntik oleh virus HIV, saya yakin Anwar sudahpun meninggal dunia hari ini kerana penyakit AIDS.
Karpal bijak mengatur strategi politiknya dengan baik dan hebat sehingga sampai ke hari ini dia tidak begitu menonjolkan sikapnya yang sebenar sebagai seorang anti Melayu dan anti Islam. Sememangnya percaturan politiknya sukar dibaca dan hebat kerana berjaya memperbodohkan ramai pemimpin Melayu Islam dari PAS dan PKR!!
Karpal Singh sedar bahawa dia tidak boleh memecahbelahkan orang Melayu tanpa menggunakan orang Melayu sendiri. Jadi, dia berjaya menggunakan isu Anwar dengan baik untuk memecahkan perpaduan orang Melayu seterusnya melemahkan Islam di Malaysia.
Karpal sememangnya tidak boleh menerima hakikat bahawa Malaysia diperintah oleh seorang pemimpin Melayu yang berwibawa dan berpandangan jauh seperti Tun Dr Mahathir.
Pada masa itu, dia juga tidak boleh menerima Anwar Ibrahim sebagai pengganti Perdana Menteri kerana dia adalah seorang Melayu Islam. Kenapakah sekarang DAP dan Karpal Singh setuju sebulat suara untuk melantik Anwar sebagai PM jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat.
Alasannya cukup mudah dan hebat!! Semasa menjadi peguambela Anwar, Karpal telah berjaya mengumpulkan banyak bukti hasil pengakuan Anwar sendiri dalam usaha untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan salahlaku seks. Saya yakin Karpal Singh dan DAP masih menyimpan bukti-bukti ini bagi mengawal tindakan Anwar apabila dia menjadi PM nanti. Kita tahu bahawa sememangnya terdapat peruntukan undang-undang yang mewajibkan peguam menyimpan rahsia anak guamnya.
Tetapi Karpal ini sebenarnya bukan seorang yang amanah dan jujur, dia lebih mementing kepentingan politik dan tidak kisah sekiranya hilang kelayakan professional sebagai seorang peguam. Lebih besar faedahnya, jika dia berjaya memastikan Anwar Ibrahim mengikut telunjuknya dengan bukti-bukti yang ada pada Karpal.
Anwar yang sememangnya gilakan popularity pasti tidak berani untuk melawan kerana bimbang rahsia yang memalukan akan terdedah kepada umum terutama penyokongnya yang setia. Jika ini berlaku, setiap tindakan dan keputusan Anwar tentunya akan memihak kepada kafir harbi. Pada masa itu nanti, orang Melayu hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa tindakan.
Sumber : http://www.suaralantangjejaka.blogspot.com/
Rabu, 7 Mei 2008
Ilmu kunci kedaulatan Melayu
PUTRAJAYA 5 Mei - Orang Melayu diingatkan bahawa kunci kedaulatan mereka di negara ini hanya boleh ditemui jika diri mereka dilengkapi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.
Veteran UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, beliau sebenarnya amat risau dengan gelagat yang ditunjukkan oleh sebahagian besar anak muda Melayu yang terang-terang mengabaikan pelajaran.
Tegasnya, tanpa ilmu pengetahuan usahkan kedaulatan mustahil diperoleh, malah lebih teruk lagi orang Melayu akan terumbang-ambing dan merempat di tanah air sendiri.
"Memang Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu milik orang Melayu dan pada masa sama kita tidak pula menidakkan hak kaum lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
"Namun jika tidak ada pelajaran dan kebolehan dalam persaingan dunia global sekarang, kita pasti akan hilang segala-galanya. (Penguasaan) ilmu pengetahuan itulah kunci kedaulatan Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan Kongres Permuafakatan Melayu semalam yang sebulat suara bersetuju menubuhkan sekretariat tetap yang dikenali sebagai Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) bagi memantau, mempertahankan dan melaksanakan semua tuntutan berkaitan kedaulatan Melayu.
Menurut Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein, sekretariat itu akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat dengan penglibatan jawatankuasa terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) Melayu.
Resolusi Kongres Permuafakatan Melayu yang mengandungi pelbagai tuntutan bagi mempertahankan kedudukan Melayu itu diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Iskandar.
Ia mengandungi tuntutan yang merangkumi aspek perlembagaan, politik, ekonomi, agama Islam, bahasa Melayu, pendidikan, sosial dan budaya, termasuk syor menubuhkan MMMM.
RAHASIA TAHI LALAT
| Bahagian Badan | Firasat |
| bibir atas kanan | banyak rezeki, pandai |
| bibir atas kiri | ramai kawan, baik hati |
| bibir bawah kanan | disegani orang, ramai yg suka |
| bibir bawah kiri | pandai bicara, tak mudah kalah |
| leher kanan | cerdas, jujur, berani menderita |
| leher kiri | cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan |
| leher di tengah | tercapai cita-cita |
| biji mata kanan | suka serong dan pembohong |
| biji mata kiri | pembohong tetapi baik hati |
| hujung mata kanan | baik hati, sopan santun, cerdas |
| hujung mata kiri | baik budi, murah rezeki |
| punggung kanan | agak mengalami kesulitan |
| punggung kiri | malas dan suka duduk |
| betis kanan | suka berhibur, boros |
| betis kiri | rajin,tidak suka menganggur |
| lutut kanan | bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha |
| lutt kiri | kurang kuat berusaha |
| kepala sebelah kanan | terkabul cita-cita |
| kepala sebelah kiri | sering menemui kesusahan |
| kepala sebelah belakang | jujur, sabar dan tekun |
| kening kanan | cerdas dan cekap |
| kening kiri | cerdas, sopan santun |
| tengah kening | keras hati, berani segala hal |
| hujung mulut kanan | kecil rezeki, tak mudah kalah |
| hujung mulut kiri | suka berpoya-poya |
| ketiak kanan | dapat menyimpan rahsia |
| ketiak kiri | jujur, banyak yang cinta |
| pergelangan kaki kanan | suka berpergian (keluar rumah) |
| pergelangan kaki kiri | kehendak kuat |
| batang hidung | banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya |
| pada hidung | banyak rezeki |
| dagu bawah kanan | jujur dan baik hati |
| dagu bawah kiri | bijak sana dan berbudi luhur |
| kemaluan kanan atau kiri | baik, suka senggama |
| di kepala kemaluan (lelaki) | bakal beristeri 2 |
| tumit kanan | jujur dan banyak kawan |
| tumit kiri | baik budi |
| alis kanan | suka menolong, baik hati |
| alis kiri | ramai yang suka |
| pangkal peha kanan | kemahuan kuat |
| pangkal peha kiri | suka kerja apa pun |
| telapak kaki kanan | tak mudah mengeluh |
| jari kaki kanan | suka menolong |
| jari kaki kiri | berbudi, suka berbuat baik |
| bahu kanan | cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan |
| bahu kiri | suka kerja keras, banyak tanggungjawab |
| buah dada kanan | baik hati, pendiam,simpan rahsia |
| buah dada kiri | ramai kawan, setia pada pasangan |
| lengan kanan | setia dan taat pada atasan |
| lengan kiri | menepati janji dan rajin |
| pipi kanan | ramai teman |
| tengah-tengah pipi kanan | ramai yg suka |
| tengah-tengah pipi kiri | ramai teman |
| ubun-ubun | kurang jujur |
| pusat | cerdas, tangkas, tekun |
| pusat bahagian kanan | sejahtera dalam hidup |
| pusat bahagian kiri | beroleh kemliaan |
| pinggang kanan | sayang pada pasangan hidup |
| pinggang kiri | disayang pasangan hidup |
| dada kanan | dapat mengatasi masalah |
| dada kiri | berani, jujur dan sabar |
| telapak kaki kanan | tidak mudah mengeluh |
| telapak kaki kiri | baik budi pekertinya |
| siku tangan kanan | kuat ingin memiliki kekayaan |
| siku tangan kiri | baik hati, suka menolong |
| jari tangan kanan | serba beroleh keuntungan |
| jari tangan kiri | serba baik bekerja |
| jari telapak tangan kanan | banyak rezeki tapi boros |
| jari telapak tangan kiri | banyak rezeki dan cermat |
| perut bawah kanan | banyak rezeki, suka memberi maaf |
| perut bawah kiri | baik hati, tenang hidupnya |
| sudut mata kanan dalam | disayang suami atau isteri |
| sudut mata kiri dalam | tidak mudah dilupakan pasangan |
| sudut mata kanan luar | baik budi, ramai yg cinta |
| pelipis kiri | murah rezeki, dpt jadi kaya |
| pelipis kanan | serba berhasil dalam usaha |
| kelopak mata kanan atas | baik hati, ramah, berjaya |
| kelopak mata kiri atas | baik budi, ramai yg suka |
| kelopak mata kanan bawah | agak malas |
| kelopak mata kiri bawah | agak bodoh, kurang bijaksana |
